Wednesday, October 29, 2008

Valuecap...langkah kerajaan mengelakkan krisis

Langkah Kementerian Kewangan untuk mengukuhkan pasaran saham Malaysia dengan membeli saham-saham syarikat yang harganya telah jatuh menjunam menerusi Valuecap Sdn Bhd perlu dipuji.

Walaupun "fundamentals" atau asas syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia ini adalah kukuh, sentimen pasaran sedunia dan krisis kewangan yang dialami oleh hegara-negara Eropah serta Amerika Syarikat telah mempengaruhi aktiviti jual-beli saham sehingga harga-harga saham mereka terjejas dengan teruk.

Amat tidak adil kalau syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai "fundamentals" yang begitu kukuh, termasuk simpanan dan aset yang banyak, pasaran yang meluas, potensi yang baik dan pengurusan yang efisien, terjejas akibat dari "panic-selling" kerana sentimen pasaran antarabangsa.

Oleh itu, Valuecap yang akan membeli saham-saham syarikat seperti ini dengan tujuan untuk mengukuhkan harga-harga saham, adalah satu langkah yang murni. Langkah ini tidak patut dipertikaikan. Ianya perlu dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan untuk mengelakkan krisis ekonomi yang lebih teruk. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap warganegara korporatnya, tidak akan membiarkan syarikat-syarikat ini mengalami masalah kerana faktor luaran.

Negara-negara maju yang pernah mencaci Malaysia kerana memberi suntikan kewangan kepada syarikat-syarikat yang mengalami masalah kerana krisis ekonomi serantau dan dunia, kini melakukan perkara yang sama.

Amerika Syarikat telah mengumumkan langkahnya untuk menyuntik sebanyak US$700 billion kedalam syarikat-syarikat dan institusi-institusi kewangannya. Ini adalah langkah "bail-out" yang terbesar yang pernah dilakukan. Begitu juga dengan negara-negara Eropah.

Kalau dibandingkan dengan US$700 billion, RM5 billion adalah amat kecil sekali.

5 comments:

Anonymous said...

bro, lu kira guna sampua ke atau jari kaki? nak bandingkan bailout malaysia dan usa? lu ni kaki ampu ke apa? lu faham ke apa lu cakap. lu pi baca dulu chedet.com pasal kes2 bailout ni.

kofibinteelif said...

Macha,
How can you compare the US move to Valuecap's strategy in buying up stocks?

Are you saying this is a bail out too? What has stock prices got to do with the real economy or a crisis in confidence in banks and financial institutions?

What will the RM5 billion do in shoring up value, business, confidence in the local bourse or local economy for that matter?

Your post offers more questions than answers. Pray tell.

#kofibinteelif#

Anonymous said...

Tuan,

Share market bukanlah petunjuk pada kestabilan ekonomi. Ia hanya tidak lebih dari tempat perjudian beramai - ramai.

Dengan wang yang ada lebuh patutla kerajaan berjimat cermat & memastikan bekalan makanan mengcukupi.

Yang penting ialah hak rakyat & bukannya hak pasaran saham.

Sudahlah pengampu kerajaan UMNO yang bangang ni.

ARUS DERAS

Anonymous said...

Mr Ashraf,

Maybe you can check what has happened to the RM5 billion Govt has put into Valuecap. I was told half of the money has been wiped out. For your sake and sake of your readeers, you must find out what is latest. If you don't, many will not believe you.

Lost Money.

Mr. Padedoh said...

Saya menyokong penuh dasar kerajaan, tetapi kita harus lebih aggressif - RM 5 billion tu is chicken feed. Oleh kerana fundamental syarikat syarikat di Malaysia ni memang tiada tandingannya, dan juga pelabur pelabur asing tak kira dari negara Jepun, Amerika Syarikat, Eropah semuanya nak berlumba lumba melabur kat Malaysia, kerajaan sepatutnya lebih aggresif dan membeli ekuiti yang lebih banyak. Apabila harga di pasaran dah stabil, kita boleh menjual balik pegangan tersebut kepada para pelabur asing dan mengaut untung yang sebegitu lumayan.

Paling kurang pun, RM 30 billion. Itu baru nampak gaya.