Dalam keadaan ekonomi global yang kian meruncing dan "contagion effect" dari krisis kewangan yang kemungkinan besar akan membawa kesan yang lebih dasyat kepada ekonomi negara kita berbanding krisis 1997/98, Majlis Tertinggi Umno perlu mengkaji semula keputusannya untuk menunda Perhimpunan Agung Umno ke Mac depan.
Saya bersetuju dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno yang lain bahawa jika perhimpunan agung diadakan pada bulan Mac, tempoh 5 bulan untuk berkempen adalah terlalu lama.
Kalau pemimpin Umno terlalu sibuk berkempen, saya risau hal-hal pentadbiran negara akan diabaikan. Krisis kewangan dan masalah ekonomi yang dihadapi negara pada masa ini, perlu ditangani secara komprehensif, dengan penyertaan setiap pemimpin negara.
Saya juga bimbang oleh kerana tempoh masa berkempen terlalu lama, politik wang akan berleluasa. Gejala-gejala lain yang tidak sihat akan terus menular. Akibatnya, pemimpin-peminpin Umno akan bermusuh-musuhan antara satu sama lain.
Ia akan membawa kepada perpecahan Umno. Mungkin juga ianya akan membawa kepada masalah yang tidak boleh diperbaiki sampai bila-bila.
Oleh itu, adalah amat penting Pehimpunan Agung Umno diadakan pada bulan Disember, seperti cadangan asal. Janganlah kerana kepentingan individu, parti dan negara digadaikan.
Kalau Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ingin juga memegang jawatan Perdana Menteri hingga ke bulan Mac, biarlah beliau memenuhi hajatnya..
Real and present DANGER!
5 years ago
10 comments:
Politik wang, sabotage, perbalahan terbuka dan tindakan2 terdesak lain tajaan saudara Khairi akan meranapkan parti keramat ini jika Perhimpunan Agong tidak diadakan secepat mungkin.
Saya rasa inilah kali pertama squad Light Action Force polis terpaksa dikerah untuk menawal pergaduhan mesyuarat bahagian Umno (Rantau Panjang).
Jika beruk-jantan itu tidak di-kawal, ianya akan memusnahkan parti kita.
15cents.for.shavingblade
kalau dipanjangkan, ada yg boleh mengusahakan "damage control" yang kurang sihat
Bekas guru kata,
Sokong 100% Perhimpunan Agung UMNO diadakan pada bulan desimber 2008 atas alasan-alasan yang dikemukakan penulis. Banyak buruk dari baiknya kerana keadaan yang belum menentu dan stabil. Kalau Pak Lah hendak jadi PM hingga bulan Mac 2009, let it be. Just humour him!
Salam,
Saya juga amat bersetuju dengan padangan penulis. Kenapa harus ditunda ke bulan Mac? Keadaan ini boleh memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global. Menteri-Menteri yang akan bertanding sudah pasti akan memberi keutamaan kepada nasib mereka pada bulan Mac sedangkan pengurusan dan pentadbiran di bawah ptfolio mereka akan terus terabai. Gejala rasuah dan politik yang sudah pasti akan terus berleluasa dan calon yang di anggap 'under dog' akan bermati-matian menggunakan masa 5 bulan ini untuk memberi para perwakilan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
MKT UMNO seharusnya secara rasional dan mementingkan keutamaan rakyat dan negara agar menkaji semula tempoh tersebut dan kembali kepada tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini. Kalau Pah Lah benar-benar mengutamakan perpaduan dalam UMNO seperti tindakan beliau mengumumkan tidak bertanding pada Mac ini, perubahan semula ke bulan Disember seharusnya diutamakan oleh beliau sendiri bagi menjamin kestabilan berterusan UMNO pada masa hadapan.
TQ
Lu siapa mahu cakap pasal Umno. Biarlah Umno buat keputusan. Ahli-ahli MT kan ramai. Yang awak sibuk sangat pasal apa.
Nona Rock
Benda yg baik buat apa nak tanggoh2! paklah nak jadi pm sampai mac. dia kata nak buat reform. 5 tahun sebelum ni dia sibuk memanaskan badan aje! duduk tepi padang buat warm-up! mana mari kita punya PM ha?
kepala (b)atas!
Kalau paklah dah letak jawatan, awak tak rindu dia ke nanti..kehkehkehkehkeh
Aikk.. bukanke kalau pilihanraya masa berkempen hanya seminggu aje.. Pasal pemilihan UMNO masa berkempen nak jadi 4 bulan pulak?
Nak tanya aje. 4 bulan ni waktu kempen ke waktu nak selamatkan bisnes sendiri dan kawan2, termasuk keluarga dan menantu? Tanya aje!
tip-top
Kluangman,
Dia bukan orang Pak Lah, dia orang Najib. Pasal tu dia suka hentam Sime Darby sampai tergolek. La ni Najib jadi Finance Minister, Najib nak jenggok2 GLC macam SD, jadi JPujangga kita happy sangat le. Nampak sangat agenda depa.
Hantu Raya
Post a Comment