Ugutan melalui SMS, politik wang, negara diambang krisis kewangan yang mungkin paling dasyat sejak the "Great Depression", dan kemungkinan Umno, dari Perlis ke Sabah akan berpecah-belah, adalah alasan-alasan yang cukup munasabah untuk mempercepatkan Perhimpunan Agung Umno.
Justeru itu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini perlu mengkaji semula keputusannya untuk menunda Perhimpunan Agung ke Mac depan. Sebaliknya, Perhimpunan Agung perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Disember ini seperti cadangan asal.
Lima bulan adalah terlalu lama. Risikonya amat tinggi sekali. Calon-calon yang memegang jawatan kerajaan kini terlalu sibuk berkempen untuk jawatan dalam parti sehingga tugas-tugas kerajaan diabaikan.
Negara kini berada diambang krisis kewangan. Oleh itu, setiap pemimpin yang memegang jawatan kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada pelan tindakan yang perlu diambil untuk mengelak krisis ini atau mengurangkan impaknya.
Semasa krisis kewangan 1997/98, Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) setiap hari dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari untuk meneliti data-data harian dan mengambil tindakan sewajarnya. Pada masa itu kerajaan begitu fokus sekali. Tindakan sedemikianlah yang membolehkan Malaysia keluar dari krisis kewangan lebih awal dari negara-negara jiran.
Kita juga telah mendengar rungutan dari beberapa orang pemimpin Umno bahawa mereka mendapat ugutan menerusi SMS untuk menyokong calon-calon tertentu dalam pemilihan Umno kelak. Ini adalah satu trend yang tidak sihat.
Dalam berpolitik, tempoh kempen yang terlalu lama akan mengundang perkara-perkara yang tidak diingini. Hari ini ugutan SMS, esok apa pula?
Majlis Tertinggi, sebagai badan yang bertanggungjawab bukan saja perlu mengambil tindakan yang akan menguntungkan Umno, tetapi juga perlu melindungi ahli-ahlinya.
Bermusuhan dalam politik adalah lumrah. Kalau tempoh kempen lebih lama, maka lebih ramailah musuh kita.
Menjelang PRU13, Umno perlu lebih kuat dan mantap, bukan lebih lemah dan bermusuh-musuhan.
Kegemilangan Barisan Nasional pra-2008 perlu dikembalikan. Untuk itu, sebagai parti komponen terbesar, Umno perlu diperkuatkan dahulu.
Hakikatnya ialah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Barisan Nasional hampir terkubur. Ianya mungkin akan terkubur pada tahun 2013 jika keputusan-keputusan yang diambil lebih mementingkan individu tertentu daripada parti.
Ia akan lebih menguntungkan Umno jika perhimpunan agungnya diadakan pada bulan Disember ini.
Real and present DANGER!
5 years ago
5 comments:
tak usah risau saudara.. Pak Lah bukan buta atau tuli, kami di tanjung pasti beliau tahu kedudukan sebenar Umno, dan akan membuat keputusna yang baik demi Umno dan negara tercinta. kami pasti perhimnpuan agong parti akan diadakan disember ini.
(hanya mereka2 dikeliling PakLah yang meracuni pemikiran beliau selama ini. harap2 PakLah dapat memperkuatkan iman dan membuat keputusan yang wajar.
Salam Blogger,
Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.
Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.
Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.
Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.
Ikhlas,
Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com
Saya sgt setuju jika diadakan Disember ini. Bukan apa, ini untuk kebaikan Pak Lah juga. Bayangkan selepas Mac nanti, Pak Lah berundur daripada jawatan PM tetapi masih kekal sebagai MP. Tahukah Pak Lah di mana dia duduk di Parlimen.... nun jauh di hujung barisan menteri kabinet. Sekali-sekala bila Pak Lah nak mencelah, sudah tentu akan dipermainkan oleh pembangkang...."Kepala Batas, tak usah mencelah, dah lima tahun bagi peluang, tak buat keja juga, duduklah kepala batas." Jadi akan memalukan Pak Lah. Mungkin juga Pak Lah minum sorang kat kantin, maklumlah sebagai MP saja. Kaki bodek dah lari semua. Nak buat PC? Siapa nak datang sebab bukan PM atau Presiden Umno lagi. Oleh itu, Pak Lah perlu juga letak jawatan sebagai MP, jika tidak keadaan sukar baginya di Parlimen. Silap hari bulan duduk sebelah menantu di Parlimen
bro,
aku tak sabor nak tengok pak lah dan konco-konconya (yang berlagak mcm TUHAN!!!) BERAMBUS dari Putrajaya!
Mereka ni MATI lebih baik, dari HIDUP MENYUSAHKAN NEGARA!!!
***rpk-sucks***
- PAU hujung March.
- Pelobi diminta balik kawasan masing2.
- Pemantau akan jadi agen KJ pula untuk berkempen.
- Yang bertanding MT boleh berkemepen di majlis aturcara ibu pejabat (kalau nak jadi MT pun orang tak kenal , elok sangat tarik diri macam Nazeri)
Post a Comment