Monday, October 27, 2008

Tahniah Jazlan


Saya mengucapkan tahniah kepada rakan saya Nur Jazlan Mohamed yang telah mengumumkan keputusannya untuk mengundurkan diri dari bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Mungkin keputusannya terdorong dari kegagalan beliau untuk mendapatkan pencalonan dari bahagian-bahagian yang telahpun mengadakan mesyuarat masing-masing. Mungkin juga kerana beliau memikir secara rasional bahawa beliau belum bersedia untuk jawatan setinggi itu.

Apa pun, saya mengucapkan tahniah kepada Jazlan di atas keputusannya itu. Anak muda ini mempunyai potensi yang besar. Kalau beliau mengharungi onak duri politik dengan penuh kesabaran dan sanggup menunggu, even the sky is not the limit.

Tidak ada jalan singkat dalam politik, seperti juga dalam bidang kewartawanan.

1 comment:

kereta kebal said...

hi ashraf, do take note that jazlan narrowly retained his pulai umno division chief post on sunday. his rival, kempas assemblyman osman sapian really gave him a scare. actually jazlan is not so bad. its just that he need to get a new set of friends and advisers. hanging out with all those low class umno goons in pulai and frolicking with his pro-singapore buddies in kl are not doing him much good. then again, jazlan is rich. he can still win because of that. but, tak jadi pejuang tulin la.