Apakah sebenarnya kedudukan PAS dalam isu sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari ?
Saya keliru kerana beberapa orang pemimpin PAS telah memberi kenyataan yang bercanggah dalam isu ini. Adakah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnnya dibolehkan dalam Islam?
Pesiden PAS Datuk Hadi Awang, apabila ditanya oleh wartawan berkata Mohd Saiful sebagai orang yang menuduh tidak boleh melafazkan sumpah laknat. Sebaliknya, kata beliau, hanya orang yang dituduh boleh berbuat demkian.
Jelas menunjukkan bahawa Hadi bersikap berat sebelah dalam hal ini. Dalam mahkamah PAS, Mohd Saiful sudah didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman. Anwar tetap tidak bersalah.
Apakah Hadi tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa Anwar telah bekali-kali menuduh Mohd Saiful sebagai penipu. Selepas saja Mohd Saiful membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya, Anwar telah menafikan segalanya dan menuduh Mohd Saiful membuat fitnah bermotifkan politik.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula dalam satu kenyataan yang berkata sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful itu dibolehkan dalam Islam dan yang tertuduh juga perlu melakukan perkara yang sama.
Siapa yang betul? Nik Aziz atau Hadi?
Dan beranikah Anwar melafazkan sumpah laknat seperti Mohd Saiful?
Kembalikan Kuasa Mutlak Raja
2 years ago
2 comments:
Abang Ashraf,
Bukan aje keseorangan bahkan saya rasa ramai lagi juga keliru.
Kalau tidak silap, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din juga memberikan kenyataan atau pandangan yang sama seperti Presiden PAS, Datuk Hadi Awang.
Ini amat ketara sekali, jurang yang besar terdapat antara pandangan para Ulamak kerajaan negeri dan pemimpin parti politik Islam.
Mungkinkah juga pandangan yang berbeza berdasarkan waktu yang tidak kena pada tempatnya? Wallahualam..
Kenyataan yang bertingkah dan tidak sekata dalam isu sumpah laknat ini amatlah mengecewakan dan mengejutkan banyak pihak bilamana pemimpin tertinggi PAS hanya memandang sebelah mata.
Kesungguhan dan keikhlasan PAS menangani isu masyarakat Islam yang berprofil tinggi jelas cuma melepaskan batuk di tangga.
Apakah isu sumpah laknat sebegini wajar dipinggirkan?
Ini amat relevan dan umum juga ketahui, pakatan pembangkang termasuk pemimpin PAS takut pengundi-pengundi Permatang Pauh berpatah arang.
Saya juga terpanggil apabila saudara Dr Hamzah Jaafar, wakil dari Pahang berhujah pada Muktamar PAS ke 54 secara terbuka memberikan satu pendekatan yang paling mudah sekaligus memanifestasikan bahawa ISLAM itu harus dijulang kesaktiannya.
Sebagai contoh, program Jom Heboh, bukan hanya layak untuk dimurkai, dicaci dan dipencilkan. Malah jalan terbaik untuk pengisian program sebegini wajib diberi satu nafas baru dengan menyuntik dan menerapkan nilai-nilai budaya Islam.
Alangkah indahnya jika ramai lagi pemimpin PAS yang menongkat pada minda yang terbuka seperti yang dicanangkan oleh Dr Hamzah tadi.
Sekali lagi, wajarkah ISLAM di politikkan sebegini sempit...?
Orang Bukit
akum pet,sila layari www.malaysiakini.com tag nik aziz ragu sumpah saiful dan www.harakah daily tag sumpah saiful tindakan bodoh - tn guru hj hadi..tiada percanggahan langsung.anuar akan bersumpah apabila diarahkan oleh mahkamah syariah memandangkan dia telah membuat lapuran kpd jawi maka dia tidak mau bersumpah buat masa ini kerana tidak mahu dianggap hina mahkamah
Post a Comment