Beberapa pegawai tinggi kerajaan telah ditahan Badan Pencegah Rasuah baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah. Walaupun mereka ini belum disabitkan, syabas saya ucapkan kepada BPR kerana telah menjalankan tugas mereka dengan berani dan tanpa prejudis. Salah atau tidak biarlah mahkamah yang tentukan.
Saya yakin ramai lagi pegawai kerajaan sekarang ini berada dibawah mikroskop BPR dan dalam tempoh terdekat ini mereka akan dicekup. Ini adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan keyakinan kepada negara kita.
Tetapi bagaimana pula dengan golongan ahli politik, terutamanya ahli Umno yang kini giat berkempen untuk kedudukan dalam parti. Saya tidak larat lagi mendengar kisah politik wang dalam Umno. Menjelang Perhimpunan Agung ini, dah macam-macam cerita yang timbul. Bila lagi agaknya perkara ini akan selesai?
Saya masih ingat lagi semasa pemilihan Umno yang lepas. Tempat letak kereta di hotel-hotel terkemuka pun telah dijadikan pusat jual-beli undi.
Hentikanlah politik wang ini. Kalau pecah tembelang esok, bukankan kaum keluarga kita yang akan menanggung malu? Kalau menang secara haram pun, tak berkat jawatan yang disandang. Easy come, easy go..
Fikirkanlah.
Real and present DANGER!
5 years ago
No comments:
Post a Comment