Pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin dekat. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihanraya kecil ini untuk menggantikan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang telah mengosongkan kerusi tersebut untuk suaminya. Parti Keadilan Rakyat sanggup kehilangan seorang Ahli Parlimen yang dipilih secara sah semata-mata untuk memberi peluang kepada Anwar bertanding di kawasan yang "selamat".
Apakah Anwar layak untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen dan kemudiannya menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat?
Saya telah cuba menghitung sumbangan Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Menteri, Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Tidak ada yang menyerlah. Malah, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan semasa krisis kewangan pada tahun 1997/98, beliau telah menaikkan kadar faedah. Langkah kejam ini telah menyusahkan rakyat Malaysia kerana dalam pada menghadapi krisis ekonomi, rakyat Malaysia terpaksa pula membayar ansuran pinjaman yang lebih tinggi.
Sekarang Anwar mendakwa kerajaan bersikap kejam dan zalim kerana mengurangkan subsidi minyak. Mengata dulang, paku serpih.
Anwar juga telah mencadangkan kerajaan meminjam wang dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai jalan keluar dari kemelut kewangan tersebut. Kita bernasib baik sebab Perdana Menteri kita pada masa itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah menolak cadangannya. Kalaulah kita telah menerima tawaran dari IMF, sudah tentu sekarang ini kita di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kita semua sedia maklum bahawa Bank Dunia dan IMF dikuasai oleh Amerika Syarikat. Mungkin juga itu niat Anwar yang tersirat.
Kalau dikaji legasi Allahyarham Tun Ghafar Baba sekalipun, banyak juga sumbangan beliau. Salah satu sumbangan beliau yang terbesar ialah penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA telah membantu beratus ribu, mungkin juga berjuta rakyat Malaysia, terutamanya Bumiputera dari bidang pendidikan sehinggalah ke bidang perniagaan.
Apa sumbangan Anwar?
Pengundi Permatang Pauh haruslah mengkaji segalanya sebelum membuang undi pada 26 Ogos ini.
Real and present DANGER!
5 years ago
3 comments:
Abang Ashraf,
Sepanjang pemerhatian saya, DSAI tidak ada membuat sumbangan yang boleh dibanggakan samada semasa beliau berkuasa di dalam mahupun di luar Kerajaan. Apa yang jelas sekali, jawapan ini harus ditagih pada TDM.
Apa yang DSAI sering lakarkan adalah kontroversi murahan.
Saya akur, DSAI adalah antara orator yang terbaik di dalam negara kita selepas TDM. Beliau pejuang reformasi jalanan murahan yang hanya layak melontarkan suara demi kepuasan diri sendiri.
Beliau yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi mengantikan AAB walau dengan apa cara sekalipun.
Sedih sekali, rakyat kian muak dan mual dengan perilaku pembangkang yang diterajui oleh DSAI.
Kes liwat terbaru beliau sesuatu yang amat menjijikkan dan sesungguhnya jelek sekali di mata masyarakat hari ini.
Rata-rata umum sudah ketahui bahawa DSAI mempunyai pengaruh Barat yang cukup kuat. Jalinan hubungan baik yang beliau pelihara selama ini telah dipergunakan dengan sebaik mungkin.
Dunia luar dengan licik cuba untuk mencampuri urusan negara kita gara-gara DSAI. Keperihatinan dunia luar pada DSAI telah dijangkakan.
Apa yang tersirat, dunia luar turut sama menafikan kepimpinan AAB yang lesu dan tidak bermaya lagi.
Kerajaan AAB hilang fokus hanya semata-mata untuk memberikan perhatian kepada DSAI.
Sesungguhnya, Kerajaan AAB masa kini sangat tenat. AAB tunduk dengan provokasi pihak pembangkang yang sering memutarbelitkan fikiran dan mengeruhkan pandangan rakyat.
Mana tidaknya, masa dan keringat pihak-pihak yang terbabit terbuang begitu saja. Manakala wang ringgit rakyat yang dibelanjakan khusus untuk mengadili kes tersebut juga tidak kecil jumlahnya. Satu pembaziran yang AAB halalkan tidak harus dimaafkan.
Saya juga amat dukacita dan terharu apabila menyaksikan pengundi-pengundi DSAI di Permatang Pauh yang buta hati, buta mata dan buta telinga sanggup mengadaikan masa depan mereka demi merealisasikan cita-cita DSAI.
Saya cukup yakin, tiada sebarang sumbangan DSAI yang boleh diwacanakan hingga ke hari ini.
Walau apapun, Allahyarham Tun Ghafar Baba adalah satu dalam seribu! Sukar dicari ganti.
Orang Bukit
ashraf,
my boss also following in your footsteps. visit http://www.ongteekeat.net/gogo_en/index.php
bro,
kagumlah kebolehan bilingua sdr!
-oldcar-
Post a Comment