Thursday, August 7, 2008

Selamat Bersara Datuk Khalid


Mungkin terlewat sedikit, tetapi saya masih ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada mantan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Berhad Datuk Khalid Mohd. Sejak dari bangku sekolah lagi saya amat mengkagumi rencana-rencana yang ditulis oleh beliau.

Saya juga telah banyak berpeluang untuk bersama-sama beliau membuat liputan di luar dan di dalam negeri. Banyak juga yang telah saya pelajari dari beliau.

Saya berharap dengan persaraannya, beliau tidak akan terus menyepikan diri. Semoga beliau akan terus menyumbang ide-ide dan membantu meningkatkan lagi mutu kewartawanan di negara kita ini.

Setelah Datuk Khalid meninggalkan Utusan, sahabat saya saudara Aziz Ishak telah di lantik sebagai pemangku Ketua Pengarang Kumpulan. Tahniah juga saya ucapkan kepada saudara Ishak.
Tetapi peliknya mengapa saudara Aziz tidak dilantik terus untuk menyandang jawatan itu. Apa perlunya beliau "memangku" jawatan tersebut? Saudara Aziz bukannya orang luar, beliau telah lama berkhidmat dengan Utusan. Beliau juga telah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarang selama beberapa tahun. Kebolehan beliau dalam bidang kewartawanan dan kewibawaan beliau dalam pengurusan Jabatan Pengarang telah lama dibuktikan. Tidak perlu dipantau lagi.

Apabila saudara Aziz dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pengarang Kumpulan, ada juga rakan-rakan wartawan tertanya-tanya, apakah ada calon lain yang sedang dipertimbangkan?

Timbul pula nama sahabat saya seorang lagi yang kini giat mengendalikan portal berita internetnya.


9 comments:

Anonymous said...

Saudara Ashraf,

Terlewat sedikit adalah lebih baik daripada tidak berkesempatan langsung untuk mengungkapkan sesuatu buat teman-teman atau orang yang tersayang.

Anonymous said...

Sdr Mohd Ashraf,

Saya tidak mengenali Datuk Khalid Mohd. Saya cuma lalui rutin harian menatap akhbar Utusan Malaysia. Tidak lengkap hujung minggu tanpa Mingguan Malaysia.

Maaf, sikap pembaca tidak ambil peduli siapa peneraju Utusan yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan memartabatkan Bahasa Melayu.

Oleh itu, rasanya tidak juga saya terlewat untuk mengucapkan tahniah, terima kasih dan selamat bersara kepada DKM.

Harapan, legasi yang ditinggalkan akan lebih cemerlang.

Anonymous said...

bro,

salam.

tak sangka pulak aku ko boleh tulis dlm bahasa melayu dgn baik sekali. tahniah!!!


-old car-

shastrishah said...

Tuan,

Sdra Aziz is Acting EIC because Datuk Khalid is on leave prior ro retirement. It's reported in the papers.

shastrishah.blogspot.com

Anonymous said...

Boss....

Wah... U are the man... Champion... I salute you for your effort... All the best and good luck to you...

-yr ex-mgr-

Anonymous said...

hello brader,

kite pernah pergi sekolah sama sama masa di Tampin dulu. malah dalam satu kelas plak tu Tingkatan 4 & 5 PA. ingat lagi tak. sama sama main hoki untuk sekolah TBSS. masa tu ko main fulback. wa plak subs je.. cigku hoki kite masa tu Mr. Siva. wa masih ingat lagi satu hari kite pergi rmh kawan kite kat sebelah padang sekolah p tengok 1984 LA Olympic opening ceremony. tak silap wa rumah dak abang. tha tak ingat la.rumah ko pun kat citu kan.. anyway, glad to catch you blogging now..its been along time since i last read your writing in the nst. wonder where you've been. lucky i surf "pahit manis" blog. so, i am now in penang. State of the pakatan rakyat. looking forward to read more from you...and you can get thru this add nawai2002ad@yahoo.com

Syed Munawar

Anonymous said...

bro,

``Timbul pula nama sahabat saya seorang lagi yang kini giat mengendalikan portal berita internetnya.......''


ps: pertanyaan

i) siapakah gerangan `sahabat saya' itu?

ii) layakkah dia?

iii) bolehkah dia membawa obor utusan

iv) atau sekadar `mimpi' sahaja.....

Anonymous said...

brother

takutlah nak komen. nanti kena cekup macam penarik beca

rizal hashim said...

Adakah pengendali portal itu sedang sibuk mengatur debat di antara Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng?

saya nak tanya kenapa sekitar 2005 kolum DKM dihentikan...

dulu saya cukup nanti-nantikan lanang sejagat dan kolum ZAM...

nasib baik senyum kambing masih bertahan...dan awang selamat...pendek tapi tajam...