Tuesday, August 19, 2008

Bila lagi, Ezam?


Beberapa minggu lalu, iaitu sebelum calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan, Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu kenyataan kepada Agenda Daily bahawa beliau akan mengumumkan sesuatu "yang akan begitu mengaibkan Anwar sehingga beliau (Anwar) akan terkedu".

Ezam berjanji bahawa pengumuman itu akan dibuat semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia, masih menunggu pengumuman Ezam ini.

Saya harap niat Ezam membuat kenyataan tersebut bukanlah semata-mata dengan harapan beliau akan dipilih sebagai calon BN untuk menentang Anwar. Walaupun beliau tidak dipilih, janji mesti dikota.

Saya percaya sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Anwar, Ezam mungkin tahu banyak rahsia Anwar. Tapi janganlah gunakan maklumat ini sebagai "trump card" untuk meminta-minta atau membuat "demand" dari BN.

4 comments:

Knights Templar said...

just because ur an ex plantation man doesnt mean you must green up ur page lah bro.PAS supporter in the closet kot ?

Anonymous said...

betulker ezam ada macam2 cerita tentang anwar? dulupun ezam kata dia ada berkotak2 bukti rasuah pemimpin kerajaan .. tapi satu pun tak timbul ... tuduhan rasuah oleh ezam terhadap pemimpin kerajaan termasuklah yang menyandang jawatan menteri dalam kabinet sekarang ini juga ditayangkan dalam youtube ... takkan bila dah rujuk masuk UMNO tiba-tiba sahaja hilang begitu sahaja ? hebat orang yang bernama ezam ni ... semua dia tahu ..

son of Dulla said...

Iwas waiting for the 'revealations' as well. Brader Ezam., mana dia., cakap kedai kopi kot main ikut sedap mulut je!

son of Dulla said...

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama.., tak dipercayai oranggg!