Pada 15 November 2008, jam lebih kurang 3 pagi, apabila saya sedang mendengar Radio IKIM, iaitu sebuah stesen radio yang dikendalikan oleh Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), saya dikejutkan oleh satu panggilan lucah yang diudarakan.
Kata-kata lucah yang diluahkan kepada deejay wanita yang bertugas itu turut didengari oleh saya dan mungkin juga jutaan rakyat Malaysia yang lain. Saya amat bersimpati dengan deejay tersebut yang sememangnya terkejut dengan panggilan itu. Walau bagaimanapun beliau telah dapat mengawal keadaan dengan baik. Saya kesal kerana penerbit program tersebut gagal menjalankan tugasnya dengan baik.
Sebagai sebuah stesen yang dikendalikan oleh institusi berlandaskan Islam, stesen ini tidak sepatutnya memberi tugas malam kepada staf wanita. Memadailah kalau deejay wanita hanya bertugas sehingga 10 malam sahaja, itupun kalau tidak ada petugas lelaki.
Harus diingat, suara wanita adalah aurat. Program yang memerlukan interaksi di antara lelaki dan perempuan pada malam hari harus dihentikan kerana ianya bukan cara Islam.
Saya juga hairan kerana Radio IKIM tidak menggunakan sistem "delaying transmission". Sistem ini membolehkan transmisi panggilan telefon dilewatkan beberapa saat sebelum ianya diudarakan. Sistem ini akan memberi masa kepada penerbit stesen radio untuk menghentikan sesuatu panggilan lucah sebelum ianya diudarakan.
Sebagai sebuah stesen yang mempunyai "rating" yang tinggi dari kalangan pendengar radio di Malaysia, Radio IKIM sepatutnya mendapatkan system terbaru supaya ianya boleh memberi perkhidmatan yang sempurna keepada pendengar-pendengar setianya.
Saya pasti Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, seorang tokoh yang amat saya hormati dan kagumi, akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Real and present DANGER!
5 years ago
5 comments:
Apa kata-kata lucah tu, bro. Share lah sama. Sama-sama syok lah bro. Jangan syok sorang.
Consider this:
If even the suara is considered aurat, then there cannot be deejays, news presenters, emcees, telephone operators, teachers, ministers, - just about every profession in Muslim society will have to be closed to females.
Isn't this a form of reckless gender discrimination?
One perverted call for a mentally deranged Malaysian should not be the basis to stop women from working as nite deejays, i feel.
If we succumb to the actions of perverted individuals like the caller, we are going to be doomed.
We should engage and educate, not regress.
There must be reason here and not dogmatism if we want to progress to a mature society.
Betullah Anon, si pujangga ni nak cerita tapi cerita tak habis. Kalau setakat dia kata suara you "steam" bila I dengar, itu perkara biasalah pujangga. I rasa jejak pujangga saja rasa perkataan tu lucah, tapi orang lain tak rasa apa-apa pun. Bagitahulah apa dia kata, kalau tidak you pun boleh f..k off.
Ok lah, ramai sangat yang nak tahu apa yang pemanggil lucah itu kata. So ini dia...lebih kurang:
Pemanggil: "Yasmin, bila sejuk-sejuk begini, apa yang you rasa?
Yasmin: Apa dia?
Pemanggil: Duduk di bilik air-con kan sejuk, so apa yang you rasa?
(Yasmin terus diam)
Pemanggil: Yasmin, Yasmin...
Yasmin: Ye, saya.
Pemanggil: P**t*t you ada b*l* tak?
Yasmin: Apa?
Pemanggil: P**t*t you ada b*l* tak?
Panggilan terputus dan Yasmin memberi amaran kepada para pemanggil supaya jangan membuat panggilan lucah.
P.S. anonymous of 1.19pm (Nov 17), I am not advocating the fact that women should not do night shifts as deejays in all radio stations. I was just saying that Radio IKIM which promotes Islamic development should not put women to do night shifts because Islam does not encourage it. It will only expose Radio IKIM to criticisms. So, please don't generalise...
betul ke Individu itu cakap sedemikian. Apa punya manusia tak berjenis laa dia ni. Saya cadangkan lain kali dejay tengah malam biar laa orang lelaki, tak pon tak payah buat call in program. Bantai lagu sampai subuh sudah./
Post a Comment