Tuesday, November 18, 2008

Layakkah Shahrizat menjadi Ketua Wanita?



Sehingga kekalahannya dengan calon muda Nurul Izzah Ibrahim dengan majoriti yang besar untuk "kerusi tetapnya" iaitu Lembah Pantai dalam Pilihanraya Umum yang ke 12 Mac lalu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memegang jawatan Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama 2 penggal.

Tetapi apakah sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara yang melayakkan beliau merebut kerusi Ketua Wanita? Saya rasa tidak ada yang menyerlah. Beliau sudah tidak sabar lagi untuk menjawat jawatan tertinggi dalam pergerakkan Wanita Umno, tetapi beliau belum cukup layak. Jauh berbeza dengan Tan Sri Rafidah Aziz yang cukup berpengalaman, cerdik, dihormati bukan sahaja di Malaysia, malah di arena antarabangsa.

Rafidah cukup berani orangnya. Berani kerana ada keyakinan diri. Keyakinan diri pula datangnya dari pengalaman dan ilmu. Saya masih ingat lagi apabila beliau bertikam lidah dengan Madeleine Albright, Setiausaha Luar, Amerika Syarikat ketika itu, dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur. Albright tidak dapat berkata-kata kerana Rafidah bercakap dengan fakta-fakta yang lengkap, tanpa perlu merujuk kepada pegawai-peagawainya. Beliau juga amat disegani dalam forum-forum antarabangsa seperti World Trade Organisation, ASEAN, ASEM, EAEC dan lain-lain.

Di bawah kepimpinan Rafidah sebagai Menteri Perusahaan Antarabangsa dan Industri selama lebih kurang 3 dekad, Malaysia mengalami zaman kegemilangan dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia. Kalau kita memandu dari Johor ke Perlis dan melihat kilang-kilang antarabangsa di keliling kita, kita harus mengakui bahawa inilah Foreign Direct Investments (FDI) yang mengalir masuk ke Malaysia pada zaman beliau. Itulah pengorbanan beliau kepada negara. Beliau sanggup kehilangan "masa kualiti" bersama keluarga untuk melawat negara-negara asing setiap masa demi untuk membawa masuk pelaburan luar.

Wanita Umno belum ada lagi calon yang berkaliber untuk menggantikan Rafidah. Mungkin saya "bias" sedikit kerana saya mencapai "usia baligh" sebagai seorang wartawan dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Rafidah sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Kanan dalam Kabinet.

Hakikat yang mungkin dipersetujui oleh hampir semua rakyat Malaysia ialah Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh dibandingkan kerana kebolehan mereka seperti langit dan bumi. Begitu juga kalau dibandingkan Rafidah dan Shahrizat.

Rafidah dan Shahrizat adalah dalam liga yang berlainan. Mungkin saya perlu menerima hakikat bahawa mungkin tidak akan ada Ketua Wanita yang sehebat Rafidah. Namun, saya berharap calon Ketua Wanita dipilih dari kalangan ahli-ahli yang telah cukup berjasa kepada Umno dan negara.

Shahrizat tidak layak sebenarnya kerana alasan-alasan berikut:

* Beliau telah kalah dalam PRU12 dengan majoriti yang besar kepada seorang anak muda yang baru berkecimpung dalam arena politik. Ini bermakna ahli-ahli Umno dikawasan Lembah Pantai pun tidak mengundi Shahrizat. Beliau tidak diterima dikawasan beliau sendiri. Apabila beliau kalah, beliau hanya memikirkan kepentingan beliau sendiri dan merayu pada Abdullah untuk menlantik beliau sebagai Penasihat Khas dengan status Menteri.

* Beliau telah menjadi Menteri selama 2 penggal, tetapi apakah legasinya? Perlindungan kanak-kanak masih ditahap paling minima. Nurin di bunuh dengan kejam manakala Sharlinie dan ramai lagi budak-budak yang lesap begitu sahaja. Kes perceraian dikalangan orang Islam dan bukan Islam meningkat dengan mendadak, satu tanda bahawa institusi keluarga semakin rapuh. Hubungan kaum langsung tidak boleh dibanggakan.

* Telah menjadi makluman umum bahawa Shahrizat telah mengarahkan Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan ketua Wanita supaya beliau boleh menggunakan alasan ini untuk bertanding jawatan Ketua Wanita. Ini taktik lama.

Bagi saya, Shahrizat tidak layak untuk jawatan No 1 dan Kamilia langsung tidak layak untuk jawatan No 2.

Mungkin Shahrizat patut digalakkan untuk bertanding dengan Rafidah. Jika berlaku pertandingan dan andaikata Shahrizat kalah, pelan peralihan kuasa yang dijadualkan bulan Jun hadapan, tidak perlu dilakukan. Rafidah boleh meneruskan perjuangannya sehingga penggal depan.

Masa depan Shahrizat sebagai ahli politik pula akan terus terkubur.

23 comments:

Zaidzipzip said...

Setuju dengan pendapat tiada pemimpin wanita yang layak menandingi kehebatan Rafidah. Tidak dinafikan beliau seorang Genius. Negara memang terhutang budi kepadanya. Prof Engku Aziz sendiri pernah beberapa kali mengagumi kehebatan wanita besi ini.

Satu pertanyaan buat wanita UMNO.. "adakah antara kamu yang sehebat Rafidah?" kalau tiada, mengapa mesti menukar pemimpin? Adakah sebab Rafidah pernah melawan PM, maka ia patut diundurkan. Mana lebih utama UMNO atau PM?

Anonymous said...

Sdr JP,
Saya setuju bahawa Rafidah adalah seorang yang pintar. Masalahnya beliau hendak mengosongkan jawatan Ketua Wanita selepas tiga bulan pemilihan dibuat. Ini yang tidak masuk akal. Jika beliau ingin terus menterajui wanita, no question la. To be fair to Sharizat, beliau terperangkap dengan helah peralihan Rafidah. To fight or not to fight. Peralihan dalam Wanita UMNO ini, nampaknya seakan-akan ada satu usaha hendak menyisihkan Shahrizat daripada terus berpolitik. Ini not fair lah. Kalau awal-awal lagi Rafidah kata beri peluang kepada beliau satu penggal lagi to head the movement, I fikir Shahrizat will not be nominated to contest for the no.1 post and sam to Kamila. Banyak Bahagian Wanita dan juga of UMNO (lelaki), tak setuju dengan tempoh peralihan tiga bulan itu. Now dah terlambat untuk Rafidah tarik balik jadual peralihan itu.
Dalam pertandingan mesti ada kalah menang, Rafidah bukan maksum dia pernah kalah dengan Dr Siti Zaharah. Kedudukan Shahrizat untuk menang adalah cerah.

Fair play

Anonymous said...

But under Rafidah's transition plan, the Wanita chief will be only in her acting capacity for the next three years.

Then the deputy will be acting and not chosen by the members but instead would be a crony of the acting chief.

Does this make sense? So Rafidah's plan is flawed. Something strange is going on in her brilliant mind? Two months make a difference? No, it will only weaken a movement as it will be led by an acting chief and acting deputy - both UNELECTED.

Can you explain this?

Anonymous said...

Kita perlu orang seperti Rafidah untuk berada dalam kepimpinan wanita negara... Calon lain bagi saya tidak sehebat rafidah yang petah bercakap serta mempunyai fakta2nya sekali. Saya pernah menghadiri seminar perdagangan di Amerika Syarikat dan ramai pemimpin wanita di Amerika Syarikat kagum dengan ketokohan wanita dari Malaysia itu.

Walau apa pun sejarah telah bercatat tetapi ketokohan Rafidah tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Datuk Dr Norraesha adalah antara calon yang dilihat boleh mengantikannya, walaubagaimanapun beliau perlu belajar lebih banyak lagi jika mahu kehadapan.

Chombi
Big Apple

Anonymous said...

Memang betul apa yang hang kata tu...Sharizat tu boleh harapkan melaram aje! Tengoklah poster PRU12hari tu...mekap dia sebijik macam heroin hindustan..habis sume dinding monorel kat Bangsar dia tampal tapi tak menang pun...cuma menang poster aje! I salute Kak Rafidah sebab dia memang handal dan berani..Panglima-panglima dia spt. Seripah Norli, Maznah Mazlan dan Halimah sume low profile dan boleh buat kerja! I tak percaya Sharizat boleh memimpin Wanita sebab sekarang ni pun dia asyik kena pimpin aje! Takde umph lansung..

Anonymous said...

sebenarnya memang shahrizat TIDAK LAYAK untuk menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO. Tan Sri Rafidah masih boleh menyumbang tenaga dan pengalaman bukan sahaja untuk UMNO malah untuk NEGARA.

Shahrizat ini terlalu berpolitiking dan dia hanyalah seperti pak lah, "pemimpin yang ingin popular". itulah yang di lihat bukan sahaja oleh saya tapi berjuta orang yang lain.

Harus di ingat, jawatan ketua wanita itu bukanlah untuk di ngendeng-ngendeng, ia adalah tanggungjawab yang amat besar dan sharizat belum mampu untuk tempat itu. lebih baik di tumpu pada perkara asas iaitu bagaimana dia boleh memperbetulkan dirinya akibat kekalahan pru-12.

Dan juga, taktik yang sungguh "politikal" apabila tiba2 berinteraksi dengan muslimat PAS untuk membincangkan hal islam, saya rasa dia patut tumpu hal UMNO dulu dan janji2 yang dia buat dahulu seperti projek N.U.R.I.N dan lain-lain sebelum nak bercakap pasal Islam dengan pembangkang yang sudah tentu akan mengambil kesempatan di dalam situasi politik semasa sekarang.

Musang Terbang said...

Shahrizat langsung tidak layak untuk menerajui Wanita UMNO.

Beliau dilihat amat tidak konsisten & lemah dalam membuat keputusan. Dato' Kamilia lebih layak berdasarkan pendiriannya yang tidak berubah serta sentiasa konsisten dari awal lagi.

Kalau menghadapi Rafidah & penyokongnya pun kelam kabut, macam mana nak menghadapi Pakatan rakyat & Rakyat Malaysia yang lebih kritikal serta berani.

Shahrizat hanya layak duduk dirumah & jaga kebun bunga jika ada. Cukup Shahrizat, sila berhenti!

Kamilia teruskan perjuangan dan ganti Rafidah.

Musang Terbang.

Abdul Hakim Bujang said...

Agree. Nak tukar cari pemimpin baru berwibawa. Bukan ahli politik yg tumbang

Anonymous said...

Sdr Ashraf,

Saya juga ada pengalaman membuat liputan Rafidah di dalam dan luar negeri. Dia memang efisyen, knowledgeable dan confident.

Dalam satu lawatan ke luar negeri bersama Tun Dr M dan Abdullah Badawi yang pada waktu itu Menteri Luar, saya lihat sendiri kehebatan Rafidah sebagai seorang perunding perdagangan antarabangsa.

Disebabkan kesuntukan masa, Tun Dr M minta wartawan dapatkan briefing daripada Abdullah.

Sungguhlah memalukan apabila Abdullah bukan saja gagal beri summary rundingan peringkat tinggi itu malah beberapa kali buat silap sehingga terpaksa ditegur oleh Rafidah yang turut hadir.

Akhirnya briefing Abdullah jadi briefing Rafidah dan kami dapat maklumat lebih jelas dan tepat untuk difailkan.

Bayangkan kalau Rafidah tidak 'menyibuk' dan Abdullah yang beri briefing. Sudah tentulah kami terpaksa buat clarification selepas itu.

Itulah beza Rafidah dengan Abdullah, apatah lagilah kalau dibandingkan Rafidah dengan Shahrizat. Jadi saya rasa tepat sekali perbandingan yang sdr buat antara Rafidah dan Shahrizat itu.

Wartawan Lama

Anonymous said...

Melihat akan kemelut yang melanda Wanita UMNO hari ini, saya berpendapat buat masa ini Tan Sri Rafidah elok kekalkan saje jawatan beliau dan batalkan hasrat untuk penyerahan kuasa. Kalau Sharizat tak sabar dan nak lawan tauke jugak eloklah bertanding aje...tapi kalau kalah jangan salahkan orang lain! Kepada Wanita-Wanita UMNO, nasihat saya ialah bacalah blog Jejak Pujangga ini kerana apa yang diperkatakan adalah logik dan diterima akal...patutkah kita memilih orang yang lemah, tak berpendirian, tak konsisten, pentingkan diri sendiri, tidak menunai janji dan bla-bla lagi sebagai pemimpin Wanita UMNO? Tepuk dada tanyalah selera. Mungkin Dato Sharizat elok pergi bermuhasabah diri beberapa hari di Istana Mewahnya di Janda Baik, Pahang sebelum membuat keputusan pada hari Khamis ini...p/s dengar kata kos istana mewahnya berjuta-juta ringgit di Janda Baik...siapa yang nak jawap tu!

Anonymous said...

Acting Chief or Acting Deputy is not a big issue! If Sharizat is truly sincere to help strengthen the UMNO and the Wanita, she can just put aside her own interest and give priority to unity. She doesn't need to be the No. 1 if she is sincere to render her services with other Exco members. Anyhow, what is so big deal about the Acting post when the Wanita UMNO use to work independently whenever Rafidah was away to perform her national duty. Crazy of Power has to be avoided in UMNO! It's totally unhealthty and I believe Wanita UMNO can survive even without the No. 1 post as long as we have the right UMNO President and it's Deputy!

Ashraf said...

Wartawan Lama,

Saya tahu sangat maksud saudara. Seperti saudara, saya pun turut berbangga setiap kali saya membuat liputan Tan Sri Rafidah Aziz di luar negeri. Saya kagum dengan cara beliau menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh wartawan asing. Each time, she makes me proud to be a fellow Malaysian.

Stay on Tan Sri Rafidah, for another two term at least.

Anonymous said...

saya amat bersetuju dan menyokong penuh pandangan saudara. Tan Sri Rafidah memang tiada tolok bandingnya dan saya sendiri melihat ada cubaan sengaja mahu menidakkan jasa Tan Sri Rafidah bermula dengan penyingkiran beliau dari kabinet. Sebagai ketua sayap terbesar dalam Umno beliau layak diberikan jawatan Menteri apa lagi selepas menang besar pada pilihan raya parlimen lalu. Setakat ini tidak nampak pelapis dalam Wanita yang mampu menandingi keupayaan Tan Sri Rafidah

Hunter said...

two more terms ? you must be out of your freaking mind lah bro! berapa AP'S you dapat ?

Anonymous said...

Malaysiakini melapurkan 4 Bahagian Wanita di Sabah berubah angin menyokong Sharizat dan Wanita Bahagian di Perak juga didakwa dipaksa untuk memilih Rafidah! I think Ketua-Ketua Wanita Bahagian di Sabah dan Perak yang macam lalang dan tidak konsisten ini elok dimatikan aje karier politik mereka. Kalau tidak pandai menilai diantara kaca dan permata alamat malaplah masa depan Wanita UMNO. Hayatilah setiap bait kata-kata Timbalan Perdana Menteri kita di akhbar pada hari ini iaitu beliau inginkan seorang pemimpin wanita yang KUAT! Buat masa ini semua orang akui bahawa Rafidah sememangnya hebat dan terbilang...sedangkan Sharizat kelihatan amat lemah dalam segala-galanya...sehingga kini nak buat keputusan bertanding pun lembab macamana nanti apabila jadi Pengerusi Wanita Barisan Nasional...mesti teruk kena buli dengan semua orang!

Anonymous said...

bro,

tak sabar nak tengok shahrizat jalil kena sembelih bila dia lawan rafidah!

***rpk-sucks***

Col Roseli said...

Kalau Wanita UMNO masih mahukan Sharizat sebagai ketua mereka, nampaknya Wanita UMNO kenalah pujuk Rafidah untuk meyerahkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar sekali kerana Sharizat sudah pasti kalah lagi di Lembah Pantai!!!

Bhavani said...

I beg to differ from you. My 2 cents worth of comments is that both Rafidah & Sharizat should be out from UMNO Wanita.
Rafidah: Has smeared her name with regards to the AP issue & most important of all, change is required. Nobody is indespensible, she should make way for the younger generation. Sharizat is simply a loser and should definitely go. Kamilia appears strong willed and I believe capable of leading the wanita UMNO for the PRU 13.

barackah said...

Sdra Ashraf

Betul cakap anonymous (wartawan lama tu).
Sebagai bekas waertawan saya juga kenal baik dengan kedua-duanya.
Memang ketokohan dan kepandaian Rafidah bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan Shahrizat.
Shahrizat kalau tanya berapa harga lipstik Chanel atau fesyen terbaru handbag Coach dia ariff sangat.
Tapi Kak Fidah dah lama sangat.
Kalaulah Kak Noraesah tanding ketua dan Kamalia timbalan ketua lebih kena.
Tapi Wamita Umno seperti kata orang Indon macam-macam.
Parti makcik-makciklah katakan.

anak mami said...

Bhavani,saya nak tanya sikit...siapa Kamilia tu? Selama ini tak pernah pun dengar nama dia cuma apa yang saya dapat simpulkan, dia seorang yang hipokrit kerana mengambil kesempatan menagih populariti untuk mendapat kedudukan tanpa menghargai perasaan orang lain! What I can say is Kamilia and Sharizat suka baling batu sembunyi tangan! Satu hari nanti kebenaran pasti akan terserlah dan dajal-dajal yang mengaturkan kekusutan ini akan pecah tembelangnya.

Anonymous said...

Ashraf,

If you put Rafidah to contest in Lembah pantai in PRU 12.She will also lose.

Why does Rafidah need three months before hand over to Sharizat?

Sharizat is a great leader and brave.

Anonymous said...

"Tetapi apakah sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara yang melayakkan beliau merebut kerusi Ketua Wanita? Saya rasa tidak ada yang menyerlah",

...... hahaha once an nst writer, always an nst writer ...
*floyd*

Anonymous said...

Sepatutnya berilah peluang kepada Shahrizat buktikan kemampuan. Wanita UMNO mesti ada pelapis yang berani berjuang. Kalau tidak Shahrizat pun, beri juga pada orang lain yang lain. Rafidah boleh jadi penasihat.

Puteri UMNO