Sunday, July 25, 2010

Kalimullah and the plot to topple Najib?


Apakah bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press Datuk Kalimullah Hassan bersekongkol untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak apabila beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Berikut laporan penuh yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, 25 Julai 2010:

Kalimullah didesak jelaskan plot jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip meminta tokoh media, Datuk Seri Kalimullah Hassan supaya menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Dalam temu bual bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama malam ini, Mohd. Zahid mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dalam plot itu.

Ini kerana, dakwanya, Kalimullah menyiarkan artikel yang tidak tepat semasa menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP), mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

"Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi.

"Kalau Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, dia jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang," dakwanya seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Mohd. Zahid yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan penafian Kalimullah kononnya beliau tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sebelum bergelar jutawan.

Mohd. Zahid dilaporkan berkata, beliau hairan dengan penafian itu kerana dakwanya, VPI International iaitu anak syarikat kepada Efficient E Solutions yang mana Kalimullah merupakan pengarahnya, memperoleh kontrak bernilai RM216,090,927 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada September 2005.

Sedangkan, tambah Mohd. Zahid, dalam penafiannya baru-baru ini Kalimullah memberitahu hanya melepaskan jawatan sebagai pengarah di Efficient E Solutions pada 21 Jun 2006 iaitu selepas sembilan bulan kontrak diluluskan.

Sehingga malam ini, Kalimullah belum memberikan sebarang ulasan berhubung desakan Mohd. Zahid itu.


Kita masih menunggu penjelasan Kalimullah.

3 comments:

Pasquale said...

well done for you brave and long awaited expose Ashraf!

Anonymous said...

What does all this mean. It shows the govt administration is corrupt to the core. All levels of govt machinery is in cahoot with a corrupt system. It again shows leaders, their family members and cronies will benefit from corrupt practices. The govt-of-the-day is unable to act because the problem will bring down the administration straightaway. This cancerous thing did not happen only today but has been there since govts-of-the-past approved it without guilt. Even if there's a new govt - and if it allows corruption - it will be a matter of time before it too would collapse as history has proven. All the best to whomever leads a clean and responsible govt.

amal maaruf nahi mungkar

Shamsul Yunos said...

Kali satu hal ni Ling liong sik ni...Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE