Sunday, September 28, 2008

Zaman Ku Li sudah lama berakhir



Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden Semangat 46 yang telah kembali ke pangkuan Umno telah sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Umno Mac depan.

Bagaimanapun saya dan saya rasa ramai lagi berpendapat bahawa zaman Ku Li sudah lama berakhir. Beliau sudah hampir putus hubungan dengan akar umbi, terutamanya golongan muda. Ada juga anak-anak muda yang tidak kenal langsung dengan Ku Li.

Saya rasa sukar untuk Ku Li mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan presiden. Kalau beliau tidak mendapat pencalonan yang secukupnya, ia akan hanya memalukan ahli politik veteran itu.

Dalam usia 70an ini, sudah terlalu lewat untuk beliau menyandang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri. Untuk membetulkan kembali keadaan huru-hara peninggalan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno, Barisan Nasional dan juga sistem pentadbiran kerajaan akan mengambil masa yang agak lama. Mampukah Ku Li bertahan?

Saya berpendapat calon yang paling layak memegang jawatan presiden dan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

17 comments:

Zahar said...

Lebih baik orang tua dari penakut. :)

Anonymous said...

Najib banyak baggage lor....

fairplay.

Prince Raz Gothic said...

Saya juga sependapat dengan saudara. Zaman Ku Li sudah berakhir. Apa yang boleh dibuat hanyalah memberikan nasihat dan panduan kepada generasi muda.

Pada pendapat saya, Mukhriz lebih layak. Walaubagaimanapun sumua ini terpulang kepada ahli MT sendiri.

hard-T said...

Pembangkang takut jika Najib jadi PM.

Anonymous said...

bro,
u ni tak ubah lagi dari dulu. tulis blog pun macam tulis berita masa kat nst. macam mana u boleh tetap support "the current administration"? masa reporter kena sokong .. takpe .. bread and butter lah katakan. tapi sekarang ni .. dengan jelas segala angkara dia orang telah di bongkar .. u support jugak? kalau ditanya .. jawapan u nanti "everyone entitled to his own opinion"?
bro .. cuba pakai otak sendiri sekali-sekala ..
*floyd*

rizal hashim said...

Whoever is the captain of the ship after March, we will celebrate raya on Wednesday and I take this opportunity to wish you the ex-hockey player from Tampin and your family Salam Eid Mubarak, maaf zahir dan batin.

Knights Templar said...

Bro ,I want to convey my best wishes to you and your family and to all Muslim brothers and sisters on the auspicious occassion of Eid. May almighty fulfill all of your dreams.To the others who tumpang the celebrations... peace be with you and happy holidays

Anonymous said...

Salam Abang Ashraf,

Saya rasa tidak salah Ku Li menawarkan diri untuk bertanding. Saya berpendapat semangat juang yang dijunjung oleh Ku Li selama ini amat jarang dapat kita lihat lagi.

Tidak pulak janggal rasanya untuk beliau menengahkan diri disaat-saat UMNO bagaikan "hidup segan, mati tak mahu".

Apatah lagi "jauh panggang dari api" untuk Ku Li berdiam diri atau membisu seribu bahasa dari mengadaikan pemikiran rakyat jelata hingga haru-biru akibat diporak-perandakan oleh pentadbiran AAB.

Inilah perjuangan politik Ku Li yang tidak ada "malu atau segan".

Ku Li tidak ambil pusing samada beliau masih relevan atau tidak. Apa yang didambakan, Ku Li seusia emas, masih berani melontarkan suara dan visi beliau untuk memastikan masa depan UMNO sekaligus anak-anak Melayu terbela.

Saya sedih sekali, Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin tidak segagah Ku Li. Darah politik mereka berdua masih suam-suam kuku. Walaupun perbezaan usia yang cukup ketara, ini tidak menjamin mereka berdua mewarisi semangat perjuangan Ku Li.

Ini dapat kita lihat bagaimana Dato' Seri Najib bertindak berdiam ubi tetapi berisi.

Manakala Tan Sri Muhyiddin sekali diketuk sekali berbunyi.

Apakah bakal kedua-dua pemimpin ini layak untuk menebus kelemahan UMNO? Sekaligus memperkasakan semangat juang UMNO yang sedang tenat di dalam ICU.

Tidak saya nafikan bahawa saya juga sependapat dengan Abang Ashraf; Ku Li memang sukar untuk mendapat pencalonan yang cukup untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Presiden. Tapi tidak bermakna zaman Ku Li sudah bernoktah.

Ku Li berjaya atau tidak, itu tidak penting sama sekali.

APA YANG HARUS KITA TAHU HARI INI IALAH "SEMANGAT PERJUANGAN MEMBELA NASIB UMNO" YANG ADA PADA KU LI HARI INI DINOBATKAN SANGAT SIGNIFIKAN.

SEBALIKNYA, DATO' SERI NAJIB MAHUPUN TAN SRI MUHYIDDIN GAGAL MENJEJAKI "SEMANGAT PERJUANGAN" KU LI.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat Abang Ashraf.

ORANG BUKIT

Anonymous said...

Ku Li may be old, but he's got young balls. Najib is younger but his balls are not with him...

Anak Gua Musang

ibrahim yahaya said...

Bro,

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga. Semoga hidup kita diberkati sepanjang masa oleh Allah SWT.

abdul rahim said...

Salam Azhar.

Najibas next PM. What is the diff?
U got the wrong person, bro

Again i put down the pantun from Perlis's Mufti.

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

Mia Shakira said...

Just asking, kenapa TPM Najib?

Arnaz M. Khairul said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin bos...

Pasquale said...

Saya seberpendapat dengan Jejak Pujangga my question to Ku Li would be "what have you done lately" He is definitely out of touch with the people while at the same time Najib has been made busy heading about 40 odd various committe to deal with the country's harsh political reality!

Dhahran Sea said...

Salam Pujangga,
Interesting you mention that Ku Li could be "out of touch" dengan generasi muda... wow! So pak lah, sil & co. are "in touch" with people in the street ke? Najib? Lagilah out of touch dengan reality? Or for that matter is MT umno really in touch with the grassroot? Surely you could think better than that?

Suci Dalam Debu said...

Whether the non-malays like it or not, the UMNO president will be their Prime Minister too and the sad thing is they can't do a thing with UMNO elections.

It is so sad to see that most of the NEP generation of malays have become very shortsighted.

It is so obvious to others that AAB has failed terribly and his so-called replacement Najib is not PM material and has got a credibility problem.

To outsiders, the saviour HAS to be Kuli but malays could not tell glass from diamond. Ku Li & MY would make the most credible team to lead Malaysia but vested political & economic interests of UMNO would not let that happen.

KU LI still has a role to play, an important one at that.

Ashraf, I beg to differ with you on this.

Candida said...

Good words.