Saturday, September 13, 2008

RPK yes, but why the reporter?


I can agree with the Government on the arrest of Raja Petra Kamaruddin under the Internal Security Act for his blasphemous publications against Islam and the Messenger of God, Nabi Muhammad SAW in his Malaysia Today website.

I can also agree with the decision of the Multimedia Commission shutting down Malaysia Today.

But why in the world did the Government arrest the Sin Chew Jit Poh reporter who merely reported the racist statement by Bukit Bendera Umno Chief Ahmad Ismail. She simply reported the fact that Ahmad Ismail described the Malaysian Chinese as "squatters". Is reporting the truth an offence in this country?

Why didn't the Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar order the arrest of Ahmad Ismail who made the racist remark in the first place?

If the reporter's story was not true, why did Deputy Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak apologise to the Chinese of behalf of Ahmad Ismail?

If what the reporter wrote was untrue, then why did Umno suspend Ahmad Razali for three years?

As a former journalist and now a blogger, I demand that the Government release the Sin Chew Jit Poh reporter immediately and arrest Ahmad Ismail instead. Let's leave the practice of arresting journalist to countries like Myanmar and Zimbabwe.

This is not a police State. Stop the intimidation!

4 comments:

Anonymous said...

Please listen to the nonsense spewing out of Syed Hamid's facial orifice at today's PC.
I puked.
Share with us your thoughts.

The Rock

Anonymous said...

alo bro, klau idiot pegang kuasa inilah yg berlaku.alasan yg diberi bagi menghalalkan penahanan reporter sin chew itu dgn sendirinya telah menyerlahkan pemikiran syed botak amid adalah seorang yg bodoh,tolol dan dungu. begitu juga sebahagian rakyat malaysia yang tlah mengundi sibotak pd pru yg lalu

Anonymous said...

agree agree.

-shane-

http://www.kulitpisang.com said...

http://www.kulitpisang.com

Kuasa
Oleh Zainal Yusof



TIGA ditahan ISA. Berita ini menjadi berita besar di muka depan akhbar arus perdana hari Sabtu, seolah-olah ia mengemparkan.

Hakikatnya, inilah doa yang diminta oleh rakyat Malaysia selama ini, supaya mereka yang ‘tidak ada batas’ di dalam bercakap, menulis dan bertindak – dikenakan tindakan!

Malaysia, bukan mereka yang punya. Walaupun mereka mungkin tidak mempunyai anak dan keluarga, pernahkah mereka memikirkan bahawa ada insan yang tidak inginkan suasana tidak harmoni akibat dari apa yang mereka lakukan.

Raja Petra Kamaruddin mungkin dianggap hero, seorang dua para penyokongnya yang sering mengiringinya ke balai polis dan mahkamah.

Teresa Kok yang menang dan menang setiap kali bertanding di dalam pilihan raya, mungkin merasakan dia perlu terus relevan di mata para penyokongnya.

Tan Hoon Cheng mungkin tidak berniat apa-apa ketika membuat berita mengenai ucapan Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang mencetuskan suasana tegang beberapa hari di Malaysia – tetapi kerajaan cukup terkesan dengan keburukkan ini.

Tidak bersetuju dengan tulisan Jawi, bukan bermakna Teresa boleh ‘membuangnya’ sesuka hati kerana ini Malaysia. Jika tulisan Jawi itu di dalam Kad Pengenalan Teresa, mungkin dia boleh membuang Kad Pengenalannya – tetapi tanda jalan, sign board dan lain-lain lambang – khususnya di Kuala Lumpur, bukan tugas Teresa mencabutnya.

Malahan, jika Teresa cukup bijak – gunakan Dewan Undangan Negeri Selangor (jika ianya di Selangor) dan Parlimen, jika ianya di Kuala Lumpur untuk dijadikan ‘arahan’ mencabutnya.
Sabarlah Teresa! Apabila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan Teresa mungkin dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan (minta dijauhkan Tuhan), buanglah segala tulisan Jawi, jika Anwar merestuinya – termasuklah tulisan Jawi di dalam masjid-masjid.

Anti Jawi, bermakna anti Islam. Anti Islam, ertinya anti Melayu. Kenapa nak anti Melayu dan Islam sedangkan orang Melayu dan Islam tidak anti Cina?

Mengenai Raja Petra dan Hoon Cheng, mereka berdua, perlu ada rasa tanggungjawab. Menulis ini mestilah beretika. Tanpa etika, tentunya ada pihak yang kita singgung. Kita boleh menafikan semua hal, tetapi kita tentunya percaya kerja baik di balas baik, kerja jahat di balas jahat. Jika kita percaya hari pembalasan, kenapa kita tidak mahu beretika?

Majoriti senyap rakyat Malaysia sebenarnya mendoakan kerajaan bertindak lebih awal. Serangan dari web-side dan blogger sudah sampai ke satu tahap – mereka boleh buat sesuaka hati. Hakikatnya, mereka mencabar pihak berkuasa, khususnya polis.

Tiga surat khabar, The Sun, Sin Chew Daily dan Suara Keadilan – juga bukan sahaja harus diberikan surat tunjuk sebab, tetapi pengendalinya juga seharusnya ‘diajar’. Apakah bila mereka menguasai media, bermakna mereka lebih pandai dari orang lain. Mereka jangan merasakan mereka sahaja yang betul dan mereka sahaja yang sayangkan bangsa dan negara mereka.

Sudah terlalu banyak kesusahan dan kesulitan yang rakyat tanggung. Sekatan jalanraya kerana mencegah tunjuk perasaan, perhimpunan Bersih dan Hindraf selain dari pelbagai ‘kegemparan’ yang dilakukan pembangkang sebenarnya – memerlukan ISA digunakan.

Undang-undang perlu dilaksanaakan. Peduli apa mereka Ahli Parlimen, Exco Kerajaan Negeri atau penulis. Apakah Penulis ‘kebal dan bebas’ untuk melakukan sesuka hati mereka.
Penulis adalah manusia biasa. Bezanya, mereka penulis dan pandai mengarang. Tetapi bukanlah mengarang untuk tujuan menabur fitnah. Bukan menulis untuk memburuk-burukkan keadaan negara.

Bila Raja Petra ditahan, khabarnya ada kawan-kawannya menangis kerana ’simpati’. Tetapi tangisan kawan itu, tidaklah sampai ‘ia berguling-guling atas jalan raya’. Dia hanya menangis dari rumahnya – dan mengajak kawan-kawa lain supaya menangis sama.

Tidak pula saya dengar, ada sesiapa yang menangisi penahanan Teresa, kecuali ad aura-ura DAP mahu mengadakan tunjuk perasaan. Ini kerja biasa mereka, kononnya mahu tunjuk mereka ‘kuat’. Mana mungkin sebuah akhbar boleh ‘menjadi mahkamah’ kepada satu-satu isu supaya menyalahkan kerajaan adalah ‘usaha murni’. Bayangkan, Ketua Polis Negara pun difitnah kononnya ‘lumpuh’ akibat menjalani pembedahan pintasan koronari – sedangkan ia jelas tidak berasas.

Jika KPN pun boleh difitnah, siapa lagi yang Suara Keadilan patut ‘takut dan hormat’?
Apalah ertinya mereka menggunakan ‘keadilan’ sebagai nama akhbar mereka, sedangkan mereka tidak pernah adil kepada mangsa fitnah yang mereka lakukan?

Itulah sebabnya, mahu menjadi penulis, wartawan, pemberita, pengarang atau apa sahaja yang berkaitan ‘kewartawanan’, belajarlah etika kewartawanan, selain tahu dosa dan pahala.

Orang Melayu marah. Mungkin orang Melayu dalam DAP, Pas dan PKR tidak marah kerana Anwar Ibrahim dijanjikan kerusi Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat, tetapi ketahuilah orang Melayu juga ada sejarah ‘mengamuk’.

Orang Melayu dalam Umno sudah nampak ‘Ahmad Ismail’ kedua, ketiga dan ke 1,000 akan lahir jika MT Umno tidak bertindak cepat mengambil tindakan terhadap ‘keceluparannya’.

Teresa mungkin dianggap ‘heroin tanpa hero’ apabila menurunkan papan tanda bertulisan jawi oleh orang-orang Cina, tetapi tahukah Teresa dia melukan hati orang-orang Melayu yang selama ini banyak beralah?

Tindakan Teresa mungkin mendapat restu Datuk Dr. Hassan Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – tetapi hati orang-orang Melayu yang lebih ramai, dilukai.

Belajarlah etika. Mudah-mudahan, jika kita beretika, kita akan dapat menghormati perasaan orang lain. Kita perlukan penghormatan dari orang lain, tetapi kitalah kena beri penghormatan kepada orang lain terlebih dahulu, supaya dibalas juga dengan penghormatan yang kita perlukan.
Kita mungkin seronok disokong tetapi kenapa kita tidak tahu macam mana mahu menjadi penyokong?

Kita sukakan kebersihan – maka kita mulakan dengan kebersihan diri kita. Jiwa dan fikiran kita perlu bersih untuk mendapat tempat makan yang bersih, tandas yang bersih, kereta yang bersih dan akhirnya udara yang bersih.

Maka, tindakan pihak berkuasa – menahan tiga orang untuk tujuan ‘pembersihan’ adalah satu usaha bijak demi menjamin Malaysia lebih bersih dari sebelumnya – daripada anasir yang tidak pernah mahu ‘menghirup udara yang bersih’ aman dan sentosa!