Wednesday, September 23, 2009

Wahai RM50



Tidak begitu menceriakan! Itulah komen saya tentang duit RM50 kita yang dikeluarkan Bank Negara baru-baru ini.

Warnanya begitu pudar dan rekabentuknya tidak begitu menarik. Saya harap ia tidak mencerminkan ekonomi negara kita pada masa ini.

Ini cuma pendapat saya. Lain orang, lain pendapatnya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. Cuma saya berharap Bank Negara akan menggunakan warna yang lebih ceria dan meriah kalau ianya berhajat untuk menukar rekabentuk denominasi lain.

Mungkin juga Bank Negara boleh mendapatkan idea-idea dari pelajar-pelajar muda Art & Design yang begitu ramai sekali di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. Kita perlukan idea-idea baru. Mungkin juga kita perlu rekabentuk yang lain daripada lain.

1 comment:

ahmad said...

bro rm 50 buat aku rugi la...raya baru ni terbagi ke kedai ingat rm 1 rupanya rm 50..dah balik baru sedar.minta tolong lain kali kalau bank negara nak cetak biar warna lain .