Thursday, May 14, 2009

Syabas Beng Hai dan Saiful



Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan saya iaitu jurulatih skuad hoki Malaysia Tai Beng Hai dan penolongnya, Nor Saiful Zaini.

Saya gembira Malaysia telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Pertandingan Hoki Asia yang berlangsung di Kuantan, Pahang ketika ini, dan sekali gus ke Piala Dunia di India pada tahun depan.

Saya sudah lama mengenali Beng Hai dan Saiful. Semasa saya bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dari tahun 1983 hingga tahun 1990, mereka bermain untuk pasukan Perak. Walaupun di atas padang kami bermusuhan, di luar meraka adalah sahabat baik saya.

Beng Hai dan Saiful telah membuktikan kepada peminat-peminat hoki negara bahawa Malaysia tidak memerlukan jurulatih asing yang dibayar berpuluh ribu ringgit sebulan untuk melatih pasukan negara.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, Beng Hai dan Saiful tentu faham keperluan pemain-pemain tempatan.

Saya tahu apabila sesi latihan, jurulatih asing hanya fokus kepada strategi permainan saja. Mereka jarang sekali mengambil kisah tentang fitness pemain-pemain. Selalunya pemain akan dibiarkan melakukan fitness training sendiri.

Bila pemain dibiarkan membuat fitness training sendiri, ramai yang mencuri tulang. Akibatnya, tahap kecerdasan mereka turun dan mereka tidak dapat beraksi dengan cemerlang semasa pertandingan.

Saya tahu Saiful ialah jurulatih yang amat berdisiplin. Semasa beliau menjadi ketua pasukan hoki negara beberapa tahun dahulu, beliau akan menentukan setiap pemain berada diatas katil pada jam 10 malam semasa training dan pertandingan. Beliau begitu serius sekali dengan peraturan "lights off at 10" yang dikenakan terhadap setiap pemain.

Pasukan hoki negara perlukan seorang jurulatih yang begitu berdisiplin.

Syabas Beng Hai, Syabas Saiful, Syabas Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Baru nak naik, puji tinggi melambung. Macam tu lah sukan Malaysia. Kalau kalah nanti, kutuk bagai nak mampus. Selagi belum sampai 'kelayakan olimpik' janganlah puji lebih-lebih nanti naik lemak jurulatih dan pemain.

Anonymous said...

Ashraf, get your facts rightlah. Mana ada sekali gus layak ke Piala Dunia di India. Only the champion from Asia Cup qualify automatically. Malaysia lost to Pakistan in the semis...so they have to go through a play-off. Still a long way to go towards qualifying for the World Cup. But I agree with you, Beng Hai and Saiful are good guys, very dedicated. I hope MHF will give then another chance to prove their worth.

rizal hashim said...

Dedication saja tidak mencukupi untuk menjayakan satu-satu misi, saudara Ashraf.

Team Malaysia 09 adalah team yang Beng Hai warisi daripada zaman Wallace Tan dan Sarjit Singh.

Kebanyakan pemain bukannya muka baru yang diperkenalkan oleh Beng Hai.

Kita harus ingat Sarjit membawa pasukan negara mengutip pingat gangsa di kejohanan yang sama dua tahun lalu di Chennai, jadi menduduki tempat keempat di tempat sendiri bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Dengan China pun kita boleh kalah bagi saya kita harus renung semula banyak perkara.

China bukannya ada liga hokinya sendiri. Tidak dikenali sebagai kuasa hoki Asia satu ketika dahulu tapi kini dah setaraf kita.

Tidak semua jurulatih asing bersikap lepas tangan. Zaman sekarang fitness adalah komponen penting dalam sukan. Tidak guna ada skil macam Shahbaz Ahmad tapi tak boleh tahan 70 minit dan tak boleh pecut macam Nor Saiful zaman muda...jurulatih asing bagi saya lebih mementingkan aspek ini...

Bagi saya Beng Hai seorang individu yang baik tapi sama ada dia jurulatih paling layak menerajui pasukan negara, itu soal lain