Monday, February 16, 2009

Pakatan Rakyat goyah!


Pakatan Rakyat nampak begitu goyah sekali selepas Barisan Nasional merampas kembali pentadbiran negeri Perak baru-baru ini. Banyak masalah dalam parti-parti yang menganggotai PR iaitu Pas, KeADILan dan DAP kini timbul. Jelas PR ialah hasil dari "marriage of convenience". Dalam ertikata lain bukan cinta dan kata sepakat untuk hidup-semati yang melahirkan PR. PR terhasil kerana nafsu serakah pemimpin-pemimpinnya yang gila jawatan. Ianya cuma untuk mengaburi mata rakyat bahawa parti-parti pembangkang pun boleh bekerjasama seperti BN. Tetapi hakikatnya tidak.

Pemimpin-pemimpin DAP sebagai contoh, sudah tidak sehaluan. Pengerusinya Karpal Singh, seorang ahli politik dan peguam veteran, telah mengkritik Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng secara terbuka. Karpal berkata Kit Siang dan Guan Eng langsung tidak menyokongnya apabila beliau mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua PR, setelah Perak jatuh ke tangan BN. Sebaliknya, Kit Siang dan Guan Eng telah menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong Anwar. Masalah dalaman DAP kini jelas.

Begitu juga dengan PKR. Wakil rakyatnya sudah mula meninggalkan parti untuk menyokong BN, seperti dua ADUNnya di Perak baru-baru ini. Kini mereka sedar, PKR adalah Anwar dan Anwar adalah PKR. PKR tidak ada halatuju. Ianya ditubuhkan untuk satu tujuan saja - supaya Anwar dapat melempiaskan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri.

Masalah dalam Pas juga kini jelas kelihatan. Walaupun Murshidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menasihatkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya tidak mencabar keputusan Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Shah yang telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru, Nizar masih enggan meletakkan jawatan. Ini menunjukkan bawah Nizar langsung tidak menghormati Nik Aziz, seorang tokoh yang amat disegani bukan saja dikalangan ahli-ahli Pas tetapi juga oleh penyokong-penyokong BN.

Sekarang ini Nizar dan "Exco"nya menjadi bahan ketawa. Seperti gila talak. Ini mengingatkan saya tentang kisah Maharaja India dulu. Apabila India menjadi sebuah republik, Maharaja-Maharaja dan ahli-ahli keluarga mereka enggan keluar dari istana mereka. Saya diberitahu sehingga ke hari ini ada dikalangan mereka yang masih duduk distesyen-stesyen keretapi dengan berpakaian diRaja serba lengkap dan berlagak seperti masih mempunyai pengaruh.

Mungkinkah Nizar dan "Exco"nya akan berpindah ke stesyen keretapi Ipoh?

Dalam isu yang berkaitan, Guan Eng berkata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut dipersalahkan diatas kes saman Karpal Singh terhadap DYMM Sultan Azlan Shah. Tuduhan ini langsung tidak masuk akal. Ia hanya menunjukkan bahawa Guan Eng cuba lari dari isu sebenarnya iaitu perpecahan dalam parti DAP.

Memang benar Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri, semasa zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, telah mengurangkan hak raja-raja dari segi tingkahlaku mereka sebagai individu diluar tugas rasmi. Tetapi dalam menjalankan tugas rasmi, mereka masih mempunyai immuniti. Dalam membuat keputusan bahawa BN kini berkuasa kembali di Perak, DYMM Sultan Azlan Shah sekadar menjalankan tugas rasmi mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. DYMM Sultan Azlan masih dilindungi undang-undang.

Saya tidak syak lagi bahawa keputusan DYMM Sultan Azlan Shah adalah keputusan yang tepat dibawah-bawah undang-undang yang sedia-ada.

DYMM Sultan Azlan Shah ialah bekas Ketua Hakim Negara yang amat disegani. Sehingga hari ini, keputusan-keputusan yang dibuatnya semasa menjadi hakim dahulu digunapakai sebagai "authority" bukan saja dimahkamah-mahkamah di Malaysia, tetapi juga di negara-negara Komanwel yang lain, terutamanya Britain.

2 comments:

Anonymous said...

"Memang benar Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri, semasa zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, telah mengurangkan hak raja-raja dari segi tingkahlaku mereka sebagai individu diluar tugas rasmi".
Banyak orang tak tahu atau tak ingat bahawa semua Raja2 bersetuju dengan pindaan tersebut dan menandatangani pindaan itu(Sultan Kelantan mewakilkan kepada Sultan Kedah)
Tidak ada pindaan apa2 pun boleh dibuat kepada hak Raja2 melainkan dipersetujui oleh semua raja2.

Cencalok Campur Aiskrim Cornetto said...

Goyah? Tak goyah pun.

Ini buktinya --- baca seterusnya...

HOT HOT! PANAS MENGELEGAK MELECUR!!!

Bekas peguam UMNO yang kini menjadi Ketua Hakim Negara tergugat!

Karpal Singh mendedahkan bukti Zaki mengamalkan rasuah!!!!


Hah... siapa goyah sekarang? UMNO ke Pakatan Rakyat?

GEMPAK GEMPAK! Baca, jangan tak baca, eksklusif, di sini!!