Pada hujung minggu lepas saya telah mengikuti kempen Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Kebetulan pula, apabila saya tiba di Kuala Terengganu pada pagi Sabtu, YB Dato' Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sedang berkempen disana.
Saya telah berpeluang untuk mengikuti rombongan beliau dari rumah ke rumah untuk menemui para pengundi. Saya kagum dengan semangat Dato' Shaziman yang berkempen dari pagi sampai ke pagi tanpa henti selama beberapa hari berada di Kuala Terengganu.
Kalau semua pemimpin BN bersemangat seperti Dato' Shaziman, saya rasa Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh akan memperolehi kemenangan mudah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada Januari 17 ini.
Tapi seadanya peluang BN untuk memenangi kerusi parlimen itu ialah 60-40. Saya rasa mesej yang dibawa pada hari-hari terakhir kempen akan menjadi penentu siapa akan menyandang kerusi Parlimen tersebut.
Nampaknya ramai pemimpin lama BN saja yang berada di sana. Anak-anak muda seperti tidak bersemangat. Di mana pemuda, di mana putera dan puteri?
8 comments:
bro, u dont know how stiff the competition is going to be. i have been here for 10 days and the general feeling is that, its gonna be difficult for both sides to score big majority.
Bro,
ada seorang bekas menteri habis-habisan berkempen untuk naib presiden Umno tapi muka tak nampak2 di KT.
Khabarnya tengah bercuti di Bahamas. Banyak betul wangnya sampai boleh bercuti di Bahamas.
Balik Bahamas, pasti lari ke Najib. Bodek Najib habis-habisan dengan harapan jadi menteri balik
Mampus lah umno ada pemimpin macam ini.
Brother,
Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?
Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.
Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...
Pantun untuk Dato' Seri Najib:
Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.
wow,
tak ramai bekas menteri dalam naib presiden.
Jamaluddin Jarjis ke ??
Bekas menteri yang sedang bercuti di Bahamas, ialah, jeng, jeng, jeng...
JAMALUDIN JARJIS!
Macam mana sekarang bro? BN kalah kat kuala terrengganu. Mana si najib nak letak muka? Baik suruh dia pi bahamas saje la..
ke bahamas boleh naik air asia ke? God is great, Alhamullillah PAS menang! Apa hal bro, your favorite Najib tak de taring? - saja2 usik kau, aku orang PAS so kita tak sehaluan
bro,
sebagai anak jati k. trg, saya tidak pernah melihat manusia sesombong/seangkuh wan farid!
dia tak pernah /jarang sekali hadir kenduri/bekwah/makan gulai org kampung, tak pernah gi pasar payang payang bertanya kabar penjaja/nelayan/peniaga di situ, jauh sekali nak ziarah org sakit/org bersalin!!!
semua yang dilakukan sepanjang kempen pilihanraya kecil adalah palsu/plastik dan fake!
tengoklah istana wan farid/wan hisham, pagar setinggi bumbong rumah.
patutlah pengundi k. trg rejeck (reject) dia
*rpk-sucksmycock8
Post a Comment