Berapakah harga nyawa seorang wakil rakyat Barisan Nasional? Inilah persoalannya setelah kerusi Parlimen Barisan Nasional di Kuala Terengganu dirampas oleh PAS minggu lepas.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Razali Ismail semasa bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands November lepas.
Nyawa seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional di Perak, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kelantan dan di negeri-negeri di mana pembangkang mempunyai pengaruh yang kuat seperti Terengganu dan Perlis secara tiba-tiba menjadi lebih berharga berbanding negeri-negeri lain di mana BN mempunyai kuasa penuh.
Hidup dan mati di tangan Allah SWT. Allah memberi, dan Allah mengambilnya semula. Inilah hakikatnya.
Walaupun kekalahan BN di Kuala Terengganu tidak boleh dijadikan ukuran samada populariti BN semakin menurun, tetapi nampaknya Umno dan Barisan Nasional menghadapi risiko yang amat besar kalau ada pilihanraya kecil yang lain. Dulu lain, sekarang lain.
Oleh itu, nasihat saya pada Ahli-ahli Parlimen BN ialah:
Sayangilah nyawa. Jangan mengundang pilihanraya kecil di mana pun anda berada. Janganlah bermain badminton dan sebagainya kalau keadaan fizikal tidak mengizinkan. Pandulah kereta mengikut had laju, dan pakailah talipinggang keledar di depan dan di belakang (kalau kereta dipandu oleh drebar).
Kalau berpenyakit, ikutlah nasihat doktor. Nyawa anda begitu berharga.
Real and present DANGER!
5 years ago
3 comments:
lintas pun kena tengok kiri kanan. takut kena sapu dek treler
Bercengkerama dengan girlfriend pun kena slow-slow. Takut kena heart attack.
the whole point here brudder is not sayangkan nyawa but as an mp they have to be bloody in touch with the rakyat in their constituents. jangan ingat buat duit je. jangan sombong. kepala otak sentiasa ingat projek. orang nak jumpa pun susah padahal hang tu di undi rakyat.
people join umno or the other parties today for what brudder? the main motivation is to get rich.
it's sad lah bro.
and as an observer, what really disgusts me is when everytime there is a byelection - such as kt and ijok - you have the top guns pledging millions in development in the area etc. why must they wait for a byelection. buat je lah sekarang throughout the country.
u mean to tell me that if an mp dies in some area that that area will be significantly developed ah? so as long as he lives, the area will remain the same...apa ni bro.
aku bukanya anti government infact i hope bn stays in power but what irks me is the arrogance of the politicians. they forget that their positions now are an institution just like how the presidency of the united states is an institution. it's not about individuals man.
with regards to your posting, i say biarlah depa nak main badminton ke, bola ke etc...mati memang ditangan tuhan. soalnya sekarang kalau mati tu ada tak orang datang menziarah and will they be speaking good things about the person.
Post a Comment