Thursday, August 26, 2010

Siapa dalang di sebalik demonstrasi di Jakarta?


Kita semua tahu hakikatnya. Di Indonesia, dengan wang sebanyak RM100, kita boleh mengupah seramai 10 orang untuk menganjurkan satu demonstrasi mengenai apa saja isu.

Bermakna dengan RM50,000 kita boleh mendapat 5,000 orang untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran. Dalam erti kata lain, kalau ada pulus, semua beres.

Sebab itu bila ditanya, majoriti yang melibatkan diri tidak tahu pun apa tujuan sebenar demonstrasi itu diadakan.

Tapi persoalannya sekarang siapakah dalang yang membiayai demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta serta Konsulat Malaysia di Pekan Baru dan Medan?

Kita pasti boleh mendapat jawapannya sekiranya kita mencongak dari persoalan pokok ini:

Siapakah sebenarnya yang mahu melihat Malaysia dan Indonesia bermusuhan?

Apapun, rumusannya ialah kumpulan penunjuk perasaan di Jakarta yang memijak Jalur Gemilang dan membuang najis manusia kedalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, cukup kurang ajar dan tidak bertamadun. Kemungkinan besar mereka mendapat bayaran lebih sedikit kali ini kerana terpaksa bersusah payah mengumpulkan najis manusia dan sanggup menggunakan tangan untuk menyapu najis itu ke dinding Kedutaan.

Dengan wang ringgit, semuanya boleh dibeli. Bisa saja!

No comments: