Friday, March 13, 2009

Anwar semakin terdesak, menjadikan media asing kuda tunggangan

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terdesak menjelang peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Semakin dekat Perhimpunan Agung Umno, semakin banyak kempen untuk menjatuhkan Najib, semuanya berbau politik mainan Anwar. Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar turut menggunakan media asing dan blog-blog yang dikendalikan oleh ahli-ahlinya untuk membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Najib. Tujuan mereka hanya satu - supaya Najib tidak menjadi Perdana Menteri.

Tuduhan yang sama dan yang semakin basi, bahawa Najib dan isterinya terlibat dalam pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang rakyat Mongolia dibuat sewenang-wenangnya dalam media asing dan blog-blog pro-pembangkang. Ini masih berlaku walaupun pihak polis sudah menjelaskan bahawa Najib dan Rosmah tidak ada kena-mengena langsung dalam kes tersebut.

Dengan membut tuduhan yang sama terhadap Najib walaupun setelah ianya diperjelaskan oleh pihak polis, Anwar dan kuncu-kuncunya mempersoalkan kewibawaan polis dan sistem keadilan di Malaysia. Mustahil semua pegawai dan anggota polis boleh bersekongkol dalam isu sebesar ini.

Dalam komennya tentang pakej rangsangan bernilai RM60 billion yang dibentangkan oleh Najib pada 10 Mac lepas, naib presiden PKR Tian Chua berkata: "I have to stay out of the parliament chamber. I have no appetite to stomach craps from a murderer."

Seperti yang kita tahu Tian Chua tiada kredibiliti untuk berhujah tentang isu ini kerana beliau pernah cuba membohong dengan mengatakan bahawa Najib pernah makan malam bersama Altantuya dan Abdul Razak Baginda di Paris. Bersama artikelnya bertajuk "French dinner for 3", Tian Chua juga telah menyiarkan gambar palsu untuk menipu rakyat.

Anwar pula cuba untuk memberi maklumat-maklumat palsu kepada rakan-rakan media asingnya untuk mencemarkan nama baik Najib. Wartawan The Far Eastern Economic Review, Barry Wain, dalam artikelnya membuat berbagai tuduhan terhadap Najib semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran lagi.

Walaupun Wain menetap di Hong Kong, beliau menulis seperti sudah berada di Kuala Lumpur bertahun lamanya. Hakikatnya ialah beliau hanya mengulangi pembohongan pembangkang selama ini. Jelas "sumber" beliau adalah semuanya dari parti pembangkang.

Seorang penulis yang beretika selalunya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang menuduh dan pihak yang tertuduh. Saya diberitahu Wain tidak pernah cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Najib sebelum menulis artikelnya.

Begitu juga dengan penulis akhbar Liberation Arnaud Dubus, seperti yang saya komen di sini. Beliau juga membuat tuduhan-tuduhan yang sama. Artikelnya juga berat sebelah.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pembangkang tidak berasas sama sekali. Semasa mengumumkan Kabinet barunya selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 tahun lalu, Abdullah telah menegaskan bahawa semua ahli Jemaah Menteri telah diskrin dan diluluskan oleh Biro Pencegah Rasuah dan polis. Jelas isu pembabitan dalam rasuah atau kegiatan tidak bermoral sebelum tahun 2008 tidak berbangkit.

Apa yang jelas ialah Anwar dalam ketakutan. Anwar tahu Najib bukan sebarang pemimpin. Najib boleh mengembalikan Barisan Nasional ke era kegemilangannya. Bila ianya berlaku, PKR dan Pakatan Rakyat akan terkubur. Cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan turut terkubur. September 16 akan tinggal impian.

p.s. Betul ke Saiful sempat merakamkan video menerusi telefon bimbitnya?

7 comments:

Anonymous said...

bro,

semakin hampir najib dilantik sebagai pm , semakin sewel, sasau anwar jadinya!!!


*rpksucks*

Anonymous said...

Whether he can or cannot stomach whatever crap being churn out by the DPM, he has an obligation to be in the parliament chamber. If he can't, might as well quit his post. He was elected to be there for the rakyat, even when sufffering stomach ache.

sakit perut

Anonymous said...

Anwar Ibrahim memang bodoh dan gila kuasa

Anonymous said...

Tian Chua should be held under the ISA and keep behind bars for life...

PARPUKARI said...

GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

MAHANOR SALEHA said...

Bukit Selambau anak tiri Pembangkan, read it here

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/bukit-selambau-anak-tiri-pembangkang.html

MAHANOR SALEHA said...

Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
read it all here
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html