Tuesday, September 14, 2010

Kenapa kes kehilangan yang lain masih tergantung? PDRM perlu jelaskan.


Seperti rakan-rakan blogger lain, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Polis di-Raja Malaysia (PDRM) kerana telah berjaya membuat beberapa penahanan dalam kes membabitkan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Tetapi hati kecil saya masih tertanya-tanya kenapa PDRM tidak dapat menyelesaikan kes kehilangan empat orang lain (dan mungkin lebih) yang kini diuar-uarkan oleh PDRM sendiri bahawa ianya mungkin ada kaitan dengan suspek-suspek yang sama. Malah, kes-kes ini dilaporkan lebih awal dari kes Datuk Sosilawati.

Saya khuatir umum akan beranggapan kes-kes ini tidak diberi keutamaan kerana ia tidak membabitkan individu berstatus tinggi?

Saya terkejut juga apabila membaca akhbar The Star dan New Straits Times hari ini (Sept 14) yang memetik isteri kepada salah seorang mangsa bahawa beliau telah membuat laporan polis kali KEDUA pada Sept 8, 2010. Malah, laporan itu dibuat di balai polis Banting.

M. Usharani datang ke Malaysia dari Chennai, India untuk mencari suaminya A. Muthuraja yang didakwa hilang setelah berjumpa dengan kedua-dua peguam yang juga suspek dalam kes Sosilawati. Kali terakhir beliau bercakap dengan Muthuraja ialah apabila Muthuraja berada di rumah suspek.

Saya hairan kerana walaupun sudah ada "lead", polis tidak dapat menyelesaikan kes tersebut. Persoalannya sekarang ialah apakah polis telah mengambil keterangan dari peguam-peguam tersebut dalam kes kehilangan Muthuraja? Bukankah ianya "Standard Operating Procedure" pihak polis untuk mengambil keterangan daripada mana-mana pihak yang terakhir sekali berada bersama mangsa?

Jika kes Muthuraja telah diselesaikan dengan penangkapan, MUNGKIN tragedi yang menimpa Datuk Sosilawati, pemandunya, peguamnya dan pegawai banknya dapat dielakkan.

PDRM perlu juga memulakan satu penyiasatan dalaman untuk mengetahui apa tindakan yang diambil (atau tidak diambil) diatas laporan yang dibuat oleh Usharani. Ini membabitkan nama baik PDRM dari kacamata antarabangsa.

8 comments:

Anonymous said...

Tuan

Saya agak d tanah melayu ni banyak sangat2 jenayah hari dmi hari sahingga pihak PDRM x menang tangan.Lebih2 lagi orang2 kita la ni kemaruk wang.Wang adalah segala gala nya.

wawa

Anonymous said...

betul bro.

mungkin sosilawati masih hidup kalau boleh bertindak cepat.

laporan polis 30 ogos. 10 september baru buat tangkapan pertama.

apa polis buat 4 hari pertama sosilawati hilang?

apa tindakan polis bila wanita dari india buat laporan polis?

ikut berita semalam, lawyer tu boleh hadir majlis dengan Timbalan Menteri pada 8 sept.

apa ni?

macam mana seorang pembunuh boleh berkeliaran hadir majlis?

saya tak setuju dengan pandangan wawa.

kes sosilawati bukan komplicated sangat.

tapi ambik masa dekat dua mingguu nak jejak pembunuh.

mohd salleh said...

Dato bunuh Dato. Berapa banyak Dato da di Malaysia ni.Raja-raja kena tengok la pada siapa yang nak diberi gelaran tu. main beri aje macam boleh dapat kat Petaling Street aje

Anonymous said...

Ashraf,

I sincerely hope for the sake of the country the new IGP will continue the good work of the former.
Especially in erasing corruption in the force and improving their efficiency.
I suggest that all the Officers who do not meet their KPI are tranfered and those meeting them rewarded.

Orang sedang

Mohd Ashraf Abdullah said...

Dear all, this is a criminal case, the murders were committed by a group of animals disguised as humans. This has nothing to do with race or religion. Please do not turn it into a racial issue. I WILL NOT PUBLISH ANY RACIST COMMENTS. Thank you.

Anonymous said...

Bro,

The police could have saved sosilawati and her three friends if they had arrested the culprits earlier.

To me, the police failed miseraby in this one.

HANG TUAH

Apanama said...

Dont blame the police for the Muthuraja case coz the missing person report was only lodged on the 8th of September, AFTER Sosilawati's case came out in the open. TQ

Anonymous said...

Patut la setakat kes pecah rumah, polis buat tak tau je... lebih-lebih pun dia datang rumah ambil cap jari & gambar je, lepas tu masuk fail...