Sunday, July 25, 2010

Kalimullah and the plot to topple Najib?


Apakah bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press Datuk Kalimullah Hassan bersekongkol untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak apabila beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Berikut laporan penuh yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, 25 Julai 2010:

Kalimullah didesak jelaskan plot jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip meminta tokoh media, Datuk Seri Kalimullah Hassan supaya menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Dalam temu bual bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama malam ini, Mohd. Zahid mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dalam plot itu.

Ini kerana, dakwanya, Kalimullah menyiarkan artikel yang tidak tepat semasa menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP), mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

"Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi.

"Kalau Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, dia jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang," dakwanya seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Mohd. Zahid yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan penafian Kalimullah kononnya beliau tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sebelum bergelar jutawan.

Mohd. Zahid dilaporkan berkata, beliau hairan dengan penafian itu kerana dakwanya, VPI International iaitu anak syarikat kepada Efficient E Solutions yang mana Kalimullah merupakan pengarahnya, memperoleh kontrak bernilai RM216,090,927 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada September 2005.

Sedangkan, tambah Mohd. Zahid, dalam penafiannya baru-baru ini Kalimullah memberitahu hanya melepaskan jawatan sebagai pengarah di Efficient E Solutions pada 21 Jun 2006 iaitu selepas sembilan bulan kontrak diluluskan.

Sehingga malam ini, Kalimullah belum memberikan sebarang ulasan berhubung desakan Mohd. Zahid itu.


Kita masih menunggu penjelasan Kalimullah.

Thursday, July 22, 2010

Kali oh Kali

Datuk Kalimullah Maseerul Hassan told Bernama yesterday:

"I am also not a director of Efficient E Solutions which I quit on June 21, 2006. I did not get any government contract in my life and am not a shareholder in VPI International," he said in response to allegations by Jaringan Melayu Malaysia (JMM), a non-governmental organisation (NGO)".

He said this in a statement denying that he was behind the funding of The Malaysian Insider, a news portal highly critical of the Government and the Monarchy.

But according to Jaringan Melayu Malaysia, the contract was from 2005 to 2010. This means, when the decison to award the imaging and data capture scanning service contract to VPI International Sdn Bhd by the Inland Revenue Board was made, Kalimullah was still a director of Efficient E Solutions.

Efficient E-Solutions then held a 20 per cent stake in VPI International.

I have lifted the following information from APANAMA.







How low can one go?

Wednesday, July 21, 2010

No Government projects, Kalimullah?


According to journalist turned multi-millionaire Kalimullah Maseerul Hassan, he did not get a single Government project in his entire 50+ years of life. At least that is what he told Bernama in a statement denying that he has any links with the news portal The Malaysian Insider.

This is the Bernama story in full:

KALIMULLAH DENIES INVOLVEMENT WITH 'MALAYSIAN INSIDER'

KUALA LUMPUR, July 21 (Bernama) -- Journalist-turned-businessman Datuk Kalimullah Hassan today stressed that he had never been involved with 'The Malaysian Insider', a news portal, in any way.

"I am also not a director of Efficient E Solutions which I quit on June 21, 2006. I did not get any government contract in my life and am not a shareholder in VPI International," he said in response to allegations by Jaringan Melayu Malaysia (JMM), a non-governmental organisation (NGO), yesterday.

JMM alleged that the backers of the news portal had defamed the government although they had profited from government contracts.

JMM's allegation was based on an inference that Efficient E-Solutions held a 20 per cent stake in VPI International, which won an imaging and data capture scanning service contract from the Inland Revenue Board.

Kalimullah said: "If JMM has evidence of wrongdoings, it should, as a responsible NGO funded by well-meaning Malaysians of high standing, hand over the evidence to the authorities, without further delay."

He also hoped that BERNAMA, as the national news agency, "of which I was once chairman, would act responsibly in future and verify such allegations before publishing them." - BERNAMA.

Yes Kali, we believe you! We are naive Malaysians. By the way, we also believe in the Tooth Fairy.

No point denying it when everyone knows that your friends Brenden Pereira and Jahabar Sadiq are running The Malaysian Insider. And what about the millions of ringgit made by Fox Media? Your friend/proxy Pereira was behind it. Didn't Fox Media make millions from the Government from event management and PR for the five economic corridors. Fox Media was even receiving a RM250,000 monthly retainer from Sime Darby Berhad, the highest ever paid to a local PR company. That only stopped after the bloggers started to make a fuss about it. Is this money being used to finance the highly-paid CEOs and writers employed by The Malaysian Insider?

Having served under Kalimullah in the NST, I have a lot of stories about this man. But I will keep that for another day.

Thursday, July 15, 2010

Tahniah, Dato' Sabri!


Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas bos saya yang juga bekas Ketua Eksekutif Kumpulan Golden Hope Plantations Berhad Dato' Sabri Ahmad yang dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Berhad berkuatkuasa hari ini.

Beliau juga akan turut memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Saya pernah berkhidmat dengan Dato' Sabri dari tahun 2004 hingga 2007 apabila saya memegang jawatan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat di Golden Hope Plantations. Pada masa yang sama, saya juga memegang jawatan Pegawai Khas kepada Dato' Sabri.

Saya memang kagum dengan kebolehan dan ilmu pengetahuan Dato' Sabri yang begitu luas. Banyak yang saya pelajari dari beliau. Beliau juga ialah seorang individu yang tekun, amanah, jujur, warak serta mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan stafnya.

Dato' Sabri yang pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dari tahun 2007 hingga April lalu, mempunyai pengalaman luas dalam industri perladangan.

Beliau telah berkhidmat dengan Golden Hope Plantations selama 20 tahun dan dilantik Ketua Eksekutif Kumpulannya pada tahun 2004 sehingga ianya digabungkan dengan Sime Darby Berhad pada tahun 2007.

Beliau juga adalah bekas pengerusi Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).

Dato' Sabri mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang ekonomi pertanian di University of London.

Beliau juga mempunyai diploma lanjutan dalam kajian antarabangsa dari University of Rhode Island serta menghadiri program pengurusan lanjutan di Oxford University.

Dato' Sabri menggantikan Dato' Mohd Bakke Salleh, yang juga mula menjawat Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby hari ini.

Saya pasti Felda akan mencapai kejayaan demi kejayaan dibawah kepimpinan beliau.

Wednesday, July 14, 2010

New FELDA Group CEO

An announcement of the new Group Chief Executive Officer of Felda is expected tomorrow (Thursday, July 15).

The person, whom I cannot name just yet, is certainly most deserving. He has had an illustrious career in the palm oil industry and well respected by industry players.

The Government certainly made the right decision in appointing this person to helm Felda.

I have no doubt he will take Felda to greater, dizzier heights.