Monday, November 9, 2009

Negeri Sembilan - hobin jang hobin, Kelantan - Apa dah jadi?


Ramai juga yang bertanya mengapa saya sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Banyak sebabnya. Sebab utama ialah saya masih lagi mempelajari liku-liku bidang media elektronik, setelah 5 bulan bersama TV3.

Walaupun agak sibuk, saya ketepikan dulu hal-hal di pejabat untuk berbicara tentang perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini yang dimenangi Negeri Sembilan, negeri kelahiran dan tanah tumpah darah saya. Memang banyak pun keringat dan darah saya tumpah di sana semasa saya mewakili pasukan hoki Negeri Sembilan satu ketika dulu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana bermain dengan begitu cemerlang sekali dalam Piala Malaysia sehingga berjaya menjadi juara.

Yang mengecewakan ialah perangai peminat-peminat Kelantan yang tidak boleh menerima kekalahan. Mereka begitu fanatik dengan sifat kedaerahan. Kemudahan di Stadium Bukit Jalil dibakar dan dirosakkan, seolah-olah mereka ini imun daripada undang-undang negara. Kalau dibiarkan, mungkin seluruh stadium hangus dibakar. Saya sedih kerana merosakkan harta awam bukan budaya kita, bukan cara Islam.

Saya tidak suka mengaitkan sukan dengan politik kerana kedua-duanya seperti laut dan bumi, tetapi persoalan ini bermain di fikiran saya: Apakah generasi sebegini yang dihasilkan oleh kepimpinan PAS di Kelantan?

4 comments:

Anonymous said...

tak perlu mengaitkan bola dengan politik...penyokong Kelantan memang taksub sejak sebelum merdeka lagi...

Anonymous said...

Saya rasa isu ini amat subjektif. Yang penting individu itu sendiri... Didikan plays the main role here....Apa yang pasti sikap kedaerahan yang positif telah dinegatifkan untuk agenda yang bermotifkan politik....

Penyokong Setia Dato Seri Najib said...

BERITA MENGGEGARKAN BUMI!

BERITA CEMAS SENSASI GEMPAK MENGGERUNKAN!

PI Bala yang hilang ke India muncul kembali!

Katanya dia diberi RM 5 juta ringgit untuk menarik balik apa yang dia dedahkan mengenai Altantuya!


Tak percaya? Mudah saja, tengok video ini dengan biji mata sendiri.

Anonymous said...

MB negri sembilan mat hassan cukup hebat. terbaca dalam suratkhabar baru ni dia kata dia tak tahu undang-undang bahawa salah pakai money changer hantar rm10juta ke london.

Tak sangka kita ada menteri besar yang bodoh-bodoh dalam malaysia ini. rupanya kita selama ini dipimpin oleh mb bodoh.

dengar cerita mat hassan pernah jadi manager maybank di london pada satu masa dulu. maka maybank nampaknya dapat mb bodoh. tak tau undang2.

najib pula entah apa dia buat. buat pekak badak saja. lama-lama umno jadi badak berendam.