Monday, September 8, 2008

Anwar Ibrahim - Perdana Menteri yang ke 6?

Nampaknya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari kalangan bukan ahli Umno pada 16 September ini tidak akan menjadi kenyataan.

Sebahagian besar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sudah pun memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan "melompat" ke parti pembangkang, termasuk Parti Keadilan Rakyat. Perjuangan mereka tetap dengan Barisan Nasional.

Anwar telah mencanangkan ke seluruh dunia bahawa ramai ahli-ahli Parlimen BN akan "melompat" ke parti beliau menjelang September 16 dan ini akan membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru. Demikian juga janji beliau kepada pengundi-pengundi semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lepas.

Nampaknya kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin akan lenyap begitu saja jika beliau tidak dapat membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 pada September 16 ini. Tinggal 8 hari saja lagi.

Mana nak letak muka, Datuk Seri Anwar?

15 comments:

Apanama said...

Bro, Anwar Ibrahim is as good as yesterday's newspaper.
A couple of days back he was in Jakarta, promising the Indonesians that he would repeal the law that allows for illegal immigrants to be whipped IF he becomes the PM of Malaysia.
I really can't decipher why he is trying to curry favour from the Indonesians by making such ridiculous promises.
Is he expected some Indonesian MPs to join Pakatan Rakyat too ... so he could be the Ultimate Ruler of the Nusantara?
This Anwar bugger...ya i mean BUGGER, has lost it.

Anonymous said...

Jika dia tidak dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini dia akan cipta angka atau tarikh baru. Itu bukan payah baginya yang biasa menggembar gemburkan persoalan lompat parti dari semasa ke semasa. Soal malu tidak penting lagi bagi dirinya.Malu itu sudah ditakdirkan lenyap pada dirinya setelah dia terbiasa dengan isu malu yang lebih besar yang dikaitkan dengan dirinya. Kerana dia tidak malu lagi dia boleh berbuat dan berkata apa sahaja yang ia mahu. Apabila dia sudah pernah dikaitkan dengan suatu keaiban yang sangat besar, apalah maknanya isu malu yang kecil-kecil begitu. Malu sudah hilang dari dirinya sebab itu dia hanya mahu dan terus mahu....

Quantum Metal Consultant said...

Nampaknya kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin akan lenyap begitu saja jika beliau tidak dapat membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 pada September 16 ini. Tinggal 8 hari saja lagi.

Mana nak letak muka, Datuk Seri Anwar?
...................................

Saya tak nampak Anwar ada muka setelah sekian lama berdrama dengan watak yang berbeza pada setiap audience yang berbeza.

Sesuatu yang sudah hilang orignalitinya, bolehkah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kalau boleh, berapa hari ?

Anonymous said...

Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Anonymous said...

Sdr,

amat menghairankan mengapa ramai yang masih terpengaruh dengan muslihat Anwar... sudah lupakah mereka dengan semua helahnya selepas ditahan pada 1998 - dakwaan diracun arsenik, sakit pinggang dan sebagainya yang tiba-tiba pulih selepas dibebaskan oleh Abdullah dari penjara.

Mereka perlu diingatkan bahawa Anwar adalah umpama penglipurlara - akan bercerita tentang apa yang orang ramai suka, betul atau tidak cerita itu bukan perkara penting baginya.

Saya berkesempatan mengikuti beberapa ceramah Anwar dan nampaknya isu-isu yang dibangkitkannya adalah retorik. Matlamatnya hanyalah satu - untuk menghuni Seri Perdana - kediaman yang menjadi impiannya sejak dahulu lagi.

Saya yakin, beliau tidak mungkin mengotakan janji-janjinya jika dia dapat menjadi PM. mana mungkin dia mengubah undang-undang yang beliau turut bertanggungjawab dalam meluluskannya.

Rakyat Malaysia mesti ingat bahawa orang bernama Anwar bin Ibrahim inilah sebenarnya yang membawa kemusnahan kepada ekonomi negara.

Saya berharap rakyat Malaysia yang bijak dan sedar dengan semua tipu helah dan muslihat Anwar akan menolak dan memastikan impian Anwar tidak kesampaian.

NAK

Anonymous said...

keadaan dan kenyataan oleh DSAI adalah satu psychological warfare yang kita tahu ia adalah satu teknik untuk mengalih sesuatu isu besar kepada isu lain yang dikatakan sama besar. Inilah permainan yang selalu digunakan oleh beliau bagi menyelamatkan diri beliau dari dimanipulasi dengan pelbagai cara oleh musuh dalam politik.

http://bangsaku2020.blogspot.com/

Anonymous said...

dont make any juddgement before it happens.. we just wait and see..

_rush

Hanturaya said...

Tak dengar ka? PKR sudah pergi Taiwan, untuk memburu sokongan.

Anonymous said...

only those stupid UMNO morons who are forever living in denials...

GOOD BY UMNO goons..

anakjawa

Knights Templar said...

Rush ... you can wait till the cows come home, or your ass turns Blue, which ever comes first.

Anonymous said...

Mana nak letak muka, Datuk Seri Anwar?

bro, masalahnya anwar ni tahu malu ke??? menyondolpun dia tak malu, inikan pula menipu!!!!!


dulu-kini-selamanya-anti-anwar

Anonymous said...

bro,


aku sanggup bagi pungkok aku pd anwar kalau dia jadi pm 16 sept ni...hehehehehehe

-tapai-

Anonymous said...

Abang,

Persoalannya bukan berbunyi mana anwar nak letak muka kalau dia tak jadi Pm. Persoalan yang menarik lagi berbunyi, mana BN dan abang nak letak muka kalau dia berjaya ?

Lebih-lebih lagi, mungkin Datuk Anwar Ibrahim boleh mengunakan perdana menteri kita yang bermuka tebal sebagai teladan kalau dia gagal, di mana perdana menteri kita yang tidak tahu malu bertegas hendak memegang takhta UMNO walaupun kena 'reject' oleh orang-orang umno. Besides , di negara malaysia, yang lebih dikenali sebagai 'boleh land', apa-apa pun boleh terjadi.

After all, mungkin abang yang akan kena ISA, kalau dia memerintah seperti yang dibuat oleh UMNO.

Rakyat Anti ISA
Dr. Asmadi Yusof MD

Yang tidak tahu kenapa dia sering menjenguk blog yang kurang bernas seperti ini....

Anonymous said...

DAP takes over NST ? Something is brewing there ...

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Anwar, jangan memperdayakan rakyat lagi
Oleh sham@spark

Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa besok adalah harinya, 16 September, dimana Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup mejoriti untuk menubuhkan Kerajaan Baru.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam, tidak mengenal pasti nama-nama mereka yang terlibat, malahan beliau gagal menampilkan MP BN yang mahu lompat parti.

Sekali lagi kita menyaksikan sendiwara Anwar Ibrahim yang suka mempermain-mainkan minda rakyat.

Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat boleh menduduki Putrajaya bila-bila masa tetapi beliau mahu melakukan peralihan parti secara aman kerana takut rakyat memberontak dan beliau masih belum habis berbincang dangan PM mengenai peralihan kuasa.

Kalau benar sahih kata-kata Anwar itu sudah pasti Putrajaya milik Pakatan Rakyat sekarang ini, mustahil Pakatan Rakyat boleh membiarkan BN dengan sewenang-wenangnya berkuasa di Putrajaya sehingga hari ini. Baik sungguh lagak Anwar Ibrahim ini, pijak semut pun tak mati. Putrajaya sudah dalam gemgaman pun masih malu-malu nak menubuhkan kerajaan baru.

Teringat kata Hj Hadi Awang, beliau pernah berkata, saya bukan ahli politik Mat Jenin dan saya, tak mahu berangan-angan macam Mat Jenin, baru nak panjat pokok kelapa dah berangan-angan. Patutlah Hj Hadi Awang dan Nik Aziz tidak turun pandang untuk merayakan hari Sambutan Malaysia bersama-sama Mat Jenin hari ini.

Apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Tercapaikah cita cita beliau ataupun adakah ianya akan menjadi angan angan Mat Jenin? Kita tunggu dan lihat wayang Anwar seterusnya.