Sunday, September 28, 2008

Zaman Ku Li sudah lama berakhir



Tengku Razaleigh Hamzah, bekas presiden Semangat 46 yang telah kembali ke pangkuan Umno telah sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Umno Mac depan.

Bagaimanapun saya dan saya rasa ramai lagi berpendapat bahawa zaman Ku Li sudah lama berakhir. Beliau sudah hampir putus hubungan dengan akar umbi, terutamanya golongan muda. Ada juga anak-anak muda yang tidak kenal langsung dengan Ku Li.

Saya rasa sukar untuk Ku Li mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan presiden. Kalau beliau tidak mendapat pencalonan yang secukupnya, ia akan hanya memalukan ahli politik veteran itu.

Dalam usia 70an ini, sudah terlalu lewat untuk beliau menyandang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri. Untuk membetulkan kembali keadaan huru-hara peninggalan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno, Barisan Nasional dan juga sistem pentadbiran kerajaan akan mengambil masa yang agak lama. Mampukah Ku Li bertahan?

Saya berpendapat calon yang paling layak memegang jawatan presiden dan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Friday, September 26, 2008

Pak Lah to decide whether to quit by Oct 9

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told the Umno Supreme Council today that he may quit as party president by Oct 9. If he does, that will be the best piece of news eagerly awaited by a majority of Malaysians for several years now.

I was told that the party polls have been postponed to March next year. I have no clue as to why such a decision was taken.

Perhaps, Abdullah will not quit after all and needs to buy time to device ways and means to stay in power.

I will update this blog as soon as I get more information.